27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaBerita UtamaLebih 2 juta buku di gudang BookXcess Shah Alam rosak teruk akibat...

Lebih 2 juta buku di gudang BookXcess Shah Alam rosak teruk akibat banjir dan terpaksa dilupuskan, mimpi ngeri buat pencinta buku

Lebih dua hingga tiga juta naskah buku rosak teruk selepas ditenggelami air di Gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @ Wolf House di Taman Alam Indah, Seksyen 33, Shah Alam akibat musibah banjir besar yang melanda Selangor baru-baru ini.

Kerugian dianggarkan sehingga RM40 juta apabila kesemua buku terpaksa dilupuskan akibat kerosakan yang teruk.

Walau bagaimanapun pengasas BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap berkata jumlah kerugian itu masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa.

@sadiqasyraf/Twitter

“Usaha untuk membersihkan buku-buku yang terjejas dijangka akan mengambil masa antara seminggu hingga sebulan,” kata Andrew Yap.

Amat menyedihkan apabila buku-buku terbabit yang terpaksa dilupuskan merupakan stok keluaran baru selain menunggu giliran untuk dipasarkan ke kedai buku serta tempahan oleh para pelanggan.

Seorang jurugambar bebas dan pengguna Twitter Sadiq Asyraf dalam ciapannya berkata, pekerja kini sedang giat menjalankan proses mengeluarkan buku yang rosak selain membersihkan kawasan yang terjejas.

@sadiqasyraf/Twitter

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter turut melahirkan rasa sedih di atas kejadian itu selain ada yang turut berkongsi pengalaman sama ketika bencana banjir berlaku.

“Harap buku yang rosak dapat dikitar semula,” tulis seorang pengguna Twitter @FarhahZm.

“Sayangnya, kalau dapat jual buku ini murah-murah, memang saya hendak,” tulis @brushtooth.

@sadiqasyraf/Twitter

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut berkongsi ciapan itu dengan menghantar emoji sedih.

Selain kedai buku BookXcess @ Wolf House, Andrew Yap berkata kesemua 14 kedai buku BookXcess di seluruh negara, BookXcess Online dan BookXcess dan Big Bad Wolf Books di Shopee sedang beroperasi sepenuhnya dengan terus menerima tempahan.

@sadiqasyraf/Twitter

“Hanya Wolf House, yang terletak di Seksyen 33, Shah Alam terpaksa ditutup sementara kerana memerlukan pengubahsuaian sepenuhnya akibat kerosakan teruk,” katanya.

“Walaupun kami kehilangan dua hingga tiga juta buku, kami berhasrat untuk menderma buku kepada komuniti yang terjejas teruk akibat banjir dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka yang berada berdekatan gudang dan kami mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai dalam usaha kebajikan kami.” tambah Andrew Yap.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI