30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupGolden Milk: Minuman untuk kesihatan optimum, terbaik untuk anti-radang

Golden Milk: Minuman untuk kesihatan optimum, terbaik untuk anti-radang

‘Golden Milk’ atau haldi ka doodh atau susu emas ialah minuman menghangatkan yang berasal daripada tradisi Ayurveda purba dan telah diamalkan oleh masyarakat India dan Asia untuk menggalakkan kesihatan optimum.

Anda mungkin pernah mendengar tentang manfaat kesihatan dan khasiat yang mendalam daripada kunyit, iaitu unsur curcumin. ‘Curcumin’, phytonutrient yang bertanggungjawab untuk warna kuning-oren pada kunyit, amat bermanfaat sebagai antioksidan dan anti-radang yang berkuasa. 

Kerana sifat yang berkuasa ini, curcumin boleh memberi manfaat kepada pelbagai sistem tubuh badan dan melegakan pelbagai simptom keradangan.

Gambar Hiasan /Unsplash

Ia telah terbukti menyokong penghadaman, mengurangkan kesakitan, membantu pemulihan serta mengurangkan risiko kanser dan diabetes. 

Penyelidikan juga menunjukkan kunyit menyokong kesihatan otak, kulit, kardiovaskular dan mata. Tambahan lada hitam adalah penting untuk memastikan badan menyerap curcumin ke dalam aliran darah kerana ia meningkatkan bioavailabiliti sebanyak 2,000 peratus.

Walaupun pengambilan ‘Golden Milk’ sangat bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan, adalah disyorkan anda mempertimbangkan untuk menambah salah satu makanan tambahan berkualiti tinggi yang disarankan oleh doktor atau pakar pemakanan.

Bahan-bahan ‘Golden Milk’:

  • 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh halia kisar
  • 1/4 sudu teh kulit kayu manis 
  • secubit lada hitam yang dikisar
  • secubit buah pelaga yang dikisar
  • secubit bunga cengkih yang dikisar
  • secubit buah pala yang dikisar
  • 236ml santan
  • 1 sudu teh pemanis sihat pilihan anda (pemanis buah, madu mentah, secubit stevia)
NADKI/Shutterstock

Langkah-langkah:

Panaskan santan dalam periuk kecil sehingga mula mendidih. 

Alih dari api dan kacau dengan herba di atas dan pemanis pilihan anda. 

Untuk kesihatan tambahan, pertimbang untuk menambah minyak kelapa, minyak MCT dan/atau Collagen ECM untuk meningkatkan khasiat minuman anda. 

Untuk mencapai konsistensi berbuih seperti latte, kisar dalam pengisar selama 15 saat dan hidangkan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI