Para pekerja dari wilayah Kayseri di Turki ini menunjukkan teknik kuno membelah batu atau ‘rock splitter’.
Dengan pukulan tepat dan kuat ke atas paku batu, lelaki itu telah berjaya membelah batu besar.

Kaedah kuno membelah batu telah lama dibangunkan selama ribuan tahun sejak zaman Mesir purba, tetapi ia masih digunakan sehingga hari ini.
Walaupun kini terdapat teknologi canggih untuk membelah bongkah batu yang besar, terdapat keadaan tertentu di mana kaedah moden tidak dapat digunakan.

Pembelahan batu menggunakan daya tegangan untuk memecahkan batu masih digunakan di Turki dan beberapa negara lain.

Teknik ini biasanya digunakan di mana letupan tidak dibenarkan.

Berbanding dengan bahan letupan, kerjanya lebih senyap, lebih halus dengan semua orang tidak perlu berlari ke tempat yang jauh untuk bersembunyi dan menyelamatkan diri.

Anda boleh berlari selangkah atau beberapa langkah ke belakang atau hanya tinggal di sana untuk menikmati persembahan melihat bongkah batu besar itu terbelah dua.

Kebolehan manusia zaman dahulu kala ketika memikirkan teknologi kuno ini sungguh menakjubkan.

Kuat dan gagah mereka yang bekerja di kuari ini. Bina otot tidak perlu ke gim.
Tonton video di sini.