26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaBoikot diplomatik Amerika Syarikat terhadap Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 perkara paling...

Boikot diplomatik Amerika Syarikat terhadap Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 perkara paling membimbangkan PKC

Pengumuman boikot diplomatik oleh Amerika Syarikat terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang akan diadakan pada bulan Februari menarik perhatian global. Analisis menunjukkan sungguhpun PKC memberi reaksi  “tidak peduli”, ia sebenarnya menyentuh saraf Beijing. Dengan apa yang paling membimbangkan ialah lebih banyak negara mungkin mengikuti Amerika Syarikat, yang akan menjejaskan imej Beijing secara global.

Amerika Syarikat tidak akan menghantar mana-mana wakil diplomatik atau rasmi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, dan sehubungan itu jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Parti Komunis China Zhao Lijian menegaskan China akan mengambil “tindak balas tegas” dan membuat Amerika Syarikat membayar harga untuk kesalahannya. Zhao Lijian juga mendakwa  Amerika Syarikat “mempermainkan negara dan manipulasi politik.”

Ulasan dalam talian dan media rasmi di China telah menyatakan pandangan yang sama. Washington Post menerbitkan artikel pada 7 Disember dengan kenyataan ketika pemimpin Parti Komunis China Xi Jinping bersiap sedia untuk penggal ketiga, respons China telah mendedahkan sensitiviti Beijing terhadap kesahihan tadbir urus. Pada 7 Disember juga, hasil carian mengenai pemboikotan diplomatik AS di Weibo nampaknya telah ditapis, dengan beberapa media rasmi melaporkan berita itu kepada penonton China.

Twitter

Artikel berita itu menyatakan bagi Xi Jinping, Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 adalah simbol penting kebangkitan China sebagai kuasa global.

“Beijing pastinya mengambil berat tentang kemungkinan memalukan yang ditimbulkan oleh Sukan Olimpik di peringkat antarabangsa dan domestik.” Artikel itu memetik pendapat Natasha Kassam, bekas diplomat Australia ke Beijing dan Pengarah Public Opinion and Foreign Policy Program Lowy Institute di Sydney.

“Anda boleh melihat sistem di China telah bertukar menjadi model yang menyinggung perasaan, menuduh Amerika Syarikat mempolitikkan sukan, dan mendakwa tiada siapa yang akan memberi perhatian kepada boikot ini,” kata Kassam.

Artikel itu telah membuat Beijing menjadi lebih bimbang kerana negara lain mungkin mengikuti Amerika Syarikat, yang menjadikan boikot itu lebih sukar untuk diabaikan. Pegawai di United Kingdom, Australia, Kanada dan Eropah sedang mempertimbangkan langkah yang sama, dan isu ini dijangka dibincangkan pada mesyuarat menteri luar G7 di Liverpool pada hujung minggu ini.

Semakin ramai ahli parlimen Australia menyokong boikot diplomatik. Senator Parti Liberal Australia Eric Abetz menyeru Australia mengikuti Amerika Syarikat pada 7 Disember. Jurucakap Menteri Sukan Australia meenyatakan pada 7 Disember, kerajaan masih belum membuat keputusan. Pada hari yang sama, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Sukan New Zealand, Grant Robertson mengumumkan New Zealand tidak akan menghantar wakil diplomatik peringkat menteri untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. Beliau berkata keputusan dibuat bukan disebabkan oleh keputusan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, tetapi berkaitan dengan situasi COVID-19 dan perjalanan logistik berkaitan serta faktor lain yang tidak kondusif. Menteri Sukan Lithuania turut mengumumkan beliau dan pegawai kanan lain tidak akan hadir.

Natasha Kassam percaya walaupun Beijing boleh menyifatkan boikot Amerika Syarikat sebagai satu lagi contoh kejahilan Barat dan sikap ‘double standard’, tidak sukar bagi Beijing untuk mencipta naratif sedemikian, tetapi jika lebih banyak negara menentangnya, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengekalkan naratif ini.

Beliau menambah penguasaan demokrasi liberal Barat dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk menyukarkan Beijing untuk mendapatkan sokongan negara hemisfera selatan untuk menutup berita tentang boikot.

Twitter

Apakah kesan boikot Amerika Syarikat  terhadap Beijing?

The Washington Post melaporkan walaupun pemboikotan diplomatik sebahagian besarnya adalah simbolik kerana atlet Amerika Syarikat tetap akan menyertai Sukan Olimpik, pemulauan itu menunjukkan PKC telah memperlakukan penindasan dan penghapusan etnik terhadap penduduk Uyghur secara kejam di Xinjiang, menindas pergerakan demokrasi Hong Kong, dan tidak membenarkan rakyat China untuk bersuara. Rakyat sedang menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk terus berdiam diri. Isu dakwaan gangguan seksual oleh pemain tenis China, Peng Shuai telah menimbulkan desakan dan tekanan lebih besar daripada komuniti sukan antarabangsa dan pembela hak asasi manusia.

Pakar percaya boikot diplomatik AS terhadap Olimpik Musim Sejuk Beijing telah menjadikan dunia lebih bimbang tentang pencabulan hak asasi manusia oleh PKC.

Eva Pils, pakar undang-undang dari King’s College London berkata, “Di China, rakyat yang mempertahankan hak sivil kini lebih senyap, tetapi pada masa sama, tindakan PKC memijak-mijak hak asasi manusia dan melakukan pencabulan hak asasi manusia secara sistematik telah secara semula jadi mencetuskan lebih banyak perhatian global.”

Di negara sendiri, pegawai PKC nampaknya telah bersedia dengan pemboikotan itu lebih awal, sambil menekankan China tidak secara peribadi menjemput orang kenamaan Amerika Syarikat. Zhao Lijian mengecam “ahli politik Amerika Syarikat terus menggembar-gembur boikot diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing tanpa dijemput.”

Pembela hak asasi berkata tindak balas China menunjukkan Beijing sememangnya sangat mengambil berat tentang Sukan Olimpik Musim Sejuk dan imejnya.

Wang Yaqiu, penyelidik China di Beijing Human Rights Watch, berkata pentadbiran PKC boleh cuba menyelamatkan air muka, “tetapi jauh di lubuk hati, mereka tahu masyarakat antarabangsa tidak berpuas hati dengan tindakannya dan semakin bersedia untuk mengambil tindakan terhadap ketidakpuasan hati itu.”

BBC melaporkan Sukan Olimpik biasanya merupakan perkara dan masa paling penting buat negara tuan rumah untuk menunjukkan kekuatan negaranya. Sesetengah penganalisis percaya bahawa boikot diplomatik AS akan menjejaskan imej Beijing di mata dunia pada tahap tertentu.

“Jika Olimpik Beijing 2008 adalah pertunjukan penampilan masa akan datang China di dunia, maka Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 ialah China berada di pentas dunia, dan pada masa yang sama bergerak ke arah pertunjukan penampilan lain yang setanding dengan apa yang boleh digelar kepada Amerika Syarikat,” kata Wen-Ti Sung, pensyarah di Institut Kajian Asia-Pasifik di Universiti Kebangsaan Australia.

“Tentangan diplomatik AS akan memberi kesan mengimbangi wacana China dan status antarabangsanya pada era baharu,” tambahnya.

Pada separuh kedua tahun hadapan, kongres Parti Komunis China bakal diadakan, dan dunia luar akan memberi perhatian kepada kedudukan pemimpin seterusnya.

Jurucakap Rumah Putih Jen Psaki di Washington, DC, pada 6 Disember , 2021. (Gambar oleh NICHOLAS KAMM/AFP/Getty Images)

Mengenai sama ada boikot diplomatik Amerika Syarikat boleh memberi kesan demonstratif ke atas sekutu pentingnya di rantau Indo-Pasifik, Wen-Ti Sung percaya adalah “sangat berkemungkinan”, Australia akan menanggung beban situasi itu, dan berkemungkinan besar akan menyusul yang diikuti oleh United Kingdom, Kanada dan Jepun, yang semuanya mungkin akan merujuk kepada Amerika Syarikat pada tahap tertentu.”

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki ketika ditanya pada 6 Disember sama ada beliau akan cuba memasukkan sekutu Amerika Syarikat dalam pemboikotan diplomatik itu dan beliau berkata, “Kami telah memaklumkan kepada mereka tentang keputusan kami dan membiarkan mereka membuat keputusan sendiri.”

Terbaharu pada 8 Disember, Kanada mengumumkan boikot diplomatik mengikuti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI