33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaGlobalPesakit COVID-19 yang nazak pulih selepas mahkamah perintah hospital di Illinois memulakan...

Pesakit COVID-19 yang nazak pulih selepas mahkamah perintah hospital di Illinois memulakan rawatan guna Ivermectin

Seorang warga emas yang merupakan pesakit COVID-19 nyaris maut telah pulih selepas mahkamah mengeluarkan perintah untuk membenarkan rawatan menggunakan Ivermectin, walaupun terdapat bantahan dari hospital tempat beliau menjalani rawatan, menurut peguam keluarga.

Selepas hospital di Illinois itu bertegas untuk memberikan remdesivir yang mahal kepada pesakit dan rawatan itu gagal, nyawanya berjaya diselamatkan selepas mahkamah memerintahkan doktor perubatan luar dibenarkan menggunakan ivermectin yang lebih murah untuk rawatan, dengan terus mendapat bantahan keras dari hospital itu.

Tablet Ivermectin telah mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) untuk rawatan kepada pesakit dengan gejala usus strongyloidiasis dan onchocerciasis, dua keadaan yang disebabkan oleh cacing parasit. Beberapa bentuk topikal ivermectin telah diluluskan untuk merawat parasit luar seperti kutu kepala dan kondisi kulit seperti rosacea. Ubat ini juga diluluskan untuk kegunaan rawatan ke atas haiwan.

Pesakit warga emas Sun Ng pulih COVID-19 selepas menjalani rawatan menggunakan Ivermectin, sebelum dibenarkan keluar dari Hospital Edward di Naperville, Illinois pada 27 November 2021. (Gambar oleh Tom Ciesielka)

Remdesivir telah diberi kelulusan penggunaan kecemasan oleh FDA untuk merawat kategori tertentu pesakit yang telah dimasukkan ke hospital dengan COVID-19. Tetapi penggunaan ivermectin untuk merawat manusia yang menderita COVID-19 terus menjadi kontroversi kerana FDA tidak meluluskan apa yang dipanggil penggunaan luar label untuk merawat penyakit, yang disebabkan oleh virus PKC juga dikenali SARS-CoV- 2.

Pelbagai kritikan telah lama menuduh FDA mengheret kaki dan bersikap terlalu berhati-hati secara berbahaya dan tidak mempedulikan penderitaan manusia dalam pendekatannya untuk mengawal selia farmaseutikal, kritikan yang menyebabkan mantan Presiden Donald Trump menandatangani Right to Try Act pada Mei 2018. Undang-undang yang menurut FDA, “adalah satu lagi cara untuk pesakit yang telah didiagnos dengan penyakit atau kondisi yang mengancam nyawa, yang telah mencuba semua pilihan rawatan yang diluluskan dan tidak dapat mengambil bahagian dalam percubaan klinikal untuk mengakses rawatan tertentu yang tidak diluluskan.”

Doktor perubatan bebas untuk memberi preskripsi ivermectin untuk rawatan COVID-19, walaupun FDA mendakwa penggunaan luar label boleh membahayakan dalam beberapa keadaan. Percubaan klinikal manusia terhadap ubat berkenaan untuk digunakan bagi membasmi COVID-19 kini sedang dijalankan, menurut agensi itu.

Ubat itu “paling pasti” telah menyelamatkan nyawa pesakit warga emas itu “kerana perkembangannya mula berubah sejurus selepas beliau mengambil ivermectin,” peguam mewakili keluarga itu, Kirstin M. Erickson dari firma guaman Mauck dan Baker di Chicago, memberitahu The Epoch Times.

Sun Ng, 71 tahun yang melawat Amerika Syarikat dari Hong Kong untuk meraikan hari lahir pertama cucunya, jatuh sakit dengan COVID-19 dan dalam beberapa hari selepas itu hampir maut. Sun Ng dimasukkan ke hospital pada 14 Oktober di Hospital Edward, Naperville, Illinois, yang menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan Edward-Elmhurst Health. Keadaannya bertambah teruk secara mendadak dan Sun Ng telah diintubasi dan diletakkan ventilator dalam beberapa hari kemudian.

Anak tunggal Ng, Man Kwan Ng, yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan mekanikal, telah membuat penyelidikan sendiri dan memutuskan bapanya perlu diberikan Ivermectin, yang dipercayai oleh beberapa doktor perubatan adalah berkesan merawat COVID-19, walaupun garis panduan dari FDA mengatakan sebaliknya.

Tetapi bertentangan dengan kehendaknya, hospital enggan memberikan ivermectin dan menafikan akses kepada doktor yang bersedia untuk memberikannya.

Man Kwan Ng membawa kes itu ke mahkamah bagi pihak bapanya dan pada 1 November, Hakim Paul M. Fullerton dari Mahkamah Circuit DuPage County memutuskan untuk memberi perintah sekatan sementara yang memerlukan hospital membenarkan penggunaan ivermectin sebagai rawatan kepada pesakit ini. Namun pihak hospital enggan mematuhi perintah mahkamah.

Dalam perbicaraan mahkamah berikutnya pada 5 November, Hakim Fullerton berkata seorang doktor yang memberi keterangan menyifatkan Sun Ng “pada dasarnya di ambang kematian,” dengan hanya 10 hingga 15 peratus peluang untuk hidup. Ivermectin mempunyai kesan sampingan yang kecil seperti pening, gatal kulit, dan cirit-birit pada dos yang dicadangkan untuk Ng, tetapi “risiko kesan sampingan ini adalah sangat minimum sehingga perkembangan semasa Sun Ng melebihi risiko sebanyak seratus kali ganda.”

Hakim mengeluarkan injunksi awal dan mengarahkan hospital untuk “segera membenarkan … keistimewaan kecemasan sementara” kepada doktor Sun Ng, Dr. Alan Bain, sebagai “semata-mata untuk mentadbir Ivermectin kepada pesakit ini.”

Hospital berkenaan menolak perintah itu pada 6 dan 7 November, menafikan akses Bain kepada pesakitnya. Hospital itu mendakwa pihak mereka tidak boleh membenarkan kemasukan Bain ke hospital kerana dia tidak menerima vaksinasi COVID-19 dan ketua pegawai perubatannya tidak tersedia untuk “mengawasi” Dr. Alan Bain yang bakal memberikan ivermectin.

Peguam keluarga Ng memfailkan laporan kecemasan di mahkamah pada 8 November dan Hakim Fullerton mendengar hujah daripada kedua-dua pihak. Hakim menegur hospital dan memerintahkan semula bahawa hospital mesti membenarkan Dr. Bain untuk memasuki hospital dalam tempoh 15 hari untuk menjalankan tugasnya. Apabila hospital memfailkan usul untuk menangguhkan perintah itu, Hakim Fullerton telah menolak, yang mana sekali lagi mengarahkan kemudahan itu untuk dipatuhi.

Ivermectin nampaknya berkesan, dan Sun Ng telah pulih daripada COVID-19. Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada 27 November.

“Bapa saya semakin pulih dan ia sangat mengagumkan,” kata Man Kwan Ng dalam satu kenyataan.

“Bapa saya seorang yang tegas. Beliau bekerja keras untuk terus hidup, dan sudah tentu, dengan pegangan kuasa Tuhan. Bapa menarik keluar bekalan oksigen kira-kira tiga hari selepas keluar dari ICU. Beliau mula boleh diberi makan sebelum keluar dari hospital. Bapa pulang ke rumah tanpa membawa tangki oksigen dan tiub suapan yang dipasang pada perutnya. Kini beliau boleh berdiri dengan walker di sisi katil dan berlatih melangkah. Selepas diberi sedatif selama sebulan menggunakan ventilator di ICU, prestasinya di luar jangkaan kami. Syukur,” kata Man Kwan.

Peguam Kirstin Erickson berkata keputusan akhir yang “menggembirakan” memberi “harapan baru buat negara.”

“Kami mendapat panggilan dari pelbagai tempat,” katanya kepada The Epoch Times. “Ada orang yang ingin menyaman hospital selepas seseorang telah meninggal dunia, mereka mahu mendapatkan akses ubat dan tidak boleh mendapatkannya. Jelas sekali, ia kes yang berbeza dan menjadi lebih sukar kerana kes salah guna amalan perubatan itu adalah sangat sukar.”

“Orang ramai hanya mahu melakukan yang terbaik demi ahli keluarga mereka dan mencari ivermectin secara sendiri, memilikinya dalam tangan dan menggunakannya apabila seseorang mula mengalami gejala,” jelas Peguam Erickson.

Tambahnya lagi, pasukan guaman dan anak guamnya “amat bersyukur” kini Sun Ng semakin pulih dan “kami memberi tabik hormat” kepada Hakim Fullerton, Dr. Bain, dan lain-lain, serta hospital kerana mematuhi perintah mahkamah pada akhirnya.

Dalam pada itu, pengarah sistem perhubungan awam untuk Edward-Elmhurst Health, Keith Hartenberger, enggan mengulas.

“Kami tidak dapat mengulas kerana garis panduan privasi pesakit,” katanya kepada The Epoch Times melalui e-mel.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI