Siapa sahaja tidak geram dengan kecomelan anak-anak kecil. Dengan pipi tembam mereka ditambah lagi dengan telatah bersehaja mereka yang lucu pasti akan membuatkan hari yang mendung menjadi ceria semula.
Anak-anak kecil di Rusia ini semestinya akan buatkan anda tersenyum senang. Mana tidaknya, mereka sudah lah comel ditambah lagi dengan gaya mereka ketika musim sejuk menambahkan lagi kecomelan mereka. Lihatlah wajah putih yang kemerahan kerana sejuk itu, ditambah lagi dengan jaket bulu yang besar itu, memang geram dibuatnya!
Buat anda yang tidak tahu, Rusia merupakan antara negara tersejuk ketika musim sejuk. Musim sejuk di negara itu juga dikatakan lebih panjang. Jadi, anak-anak kecil di sana mula dibiasakan dengan cuaca sejuk sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa biasanya akan membiarkan anak-anak kecil mereka bermain di luar bagi membiasakan tubuh mereka dengan cuaca yang dingin.
Selain itu, mereka juga akan memakaikan anak-anak kecil mereka dengan pakaian yang tebal dan hangat supaya mereka dapat bertahan dalam suhu yang rendah.
Lazimnya, si comel ini akan dipakaikan dengan kot yang sangat tebal dan biasanya diperbuat daripada bulu supaya mereka tetap mendapatkan sedikit haba untuk tubuh.
Tidak hanya itu, mereka juga diberikan selendang atau skarf tebal untuk menutup leher dan kepala mereka. Bagi kanak-kanak lelaki pula mereka biasanya akan menggunakan topi berbulu yang tebal. Tambahan lagi, mereka juga mengenakan ‘boot’ supaya mereka boleh berjalan di atas salji dengan selesa.
Dengan jaket bulu mereka yang tebal dan besar serta hampir menutupi seluruh tubuh, kadangkala tidak nampak langsung tangan dan kaki mereka. Apa yang kelihatan hanyalah wajah comel mereka yang kemerah-merahan itu. Tidak hairanlah ada yang melihat mereka seperti anak patung!