30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaIkan lumba-lumba 'tunjukan arah' kepada pelayar untuk selamatkan wanita terapung di laut...

Ikan lumba-lumba ‘tunjukan arah’ kepada pelayar untuk selamatkan wanita terapung di laut selama 12 jam

Malang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kerana tiada yang boleh menjangka apa akan berlaku pada masa hadapan. Kali ini nasib tidak baik menimpa seorang wanita apabila ia telah tersadai di laut bersendirian.

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di Santa Monica Bay, California. Wanita tersebut dikatakan telah tersadai di situ selama 12 jam lamanya. Namun begitu, nasib masih lagi menyebelahinya apabila dia akhirnya berjaya diselamatkan.

Koz Khosravani, pemilik perniagaan IT berusia 59 tahun di Los Angeles County, California, baru-baru ini membeli bot layar terpakai. Dia kemudian telah membawa tiga orang rakannya untuk berlayar bersama buat kali pertamanya. Pada 26 September, mereka telah belayar dari Marina del Rey dan bersedia untuk menuju untuk ke Paradise Cove berhampiran Malibu.

Nasib mereka sangat kerana cuaca cerah ketika itu. Tidak lama selepas mereka memulakan pelayaran mereka ternampak sekumpulan ikan lumba-lumba muncul di hadapan bot mereka.

Mereka kemudian memutuskan untuk mengikut kumpulan ikan lumba-lumba tersebut. Mereka kemudian menangkap gambar yang banyak sehinggalah mereka terperasan ada sesuatu yang tidak kena.

Menurut Koz dia telah terlihat sesuatu yang aneh terapung di laut dan dia dapat melihat seolah-olah ada tangan manusia. Rupa-rupanya ada seorang wanita yang tidak bermaya terapung di situ. Mereka segera cuba untuk menyelamatkan wanita tersebut dengan membaling sebuah alat ke arahnya tersebut tetapi memandangkan wanita tersebut terlalu lemah usaha mereka tidak berhasil.

Mereka kemudian membaling pelampung sepanjang 23 meter ke arah wanita tersebut. Selepas dua kali percubaan barulah mereka berhasil apabila wanita tersebut memaut pelampung berkenaan. Mereka segera menarik wanita itu naik ke atas bot.

Memandangkan wanita itu telah berada di dalam air terlalu lama jadinya badannya seolah-olah beku ditambah lagi dia tidak makan dan minum dalam temph yang lama. Mereka segera mencari tuala untuk memanaskan badan wanita tersebut. Koz kemudian bertanya jika ada orang lain bersamanya, wanita itu memberitahu bahawa dia bersendirian.

Selepas itu, Koz menghubungi Pengawal Pantai melalui radio. Tujuh minit kemudian, penyelamat dari Jabatan Penyelamat Daerah Los Angeles tiba di tempat kejadian, memindahkan wanita itu ke bot penyelamat, dan segera bergegas ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.

Kapten kapal penyelamat Matthew Rhodes (Matthew Rhodes) mengambil bahagian dalam misi menyelamat. Menurutnya, keadaan ketika itu sangat teruk, suhu laut hanya kira-kira 19°C, dan wanita yang diselamatkan itu mengalami hipotermia yang teruk.

Mereka kemudiannya mengetahui bahawa wanita muda itu keluar untuk berenang seorang diri pada lewat malam sebelum itu, dan kemudiannya dibawa sejauh 3 batu (4.8 kilometer) ke luar pesisir oleh arus luar pesisir.

Dia walau bagaimanapun masih bernasib baik apabila diselamatkan pada keesokan harinya selepas terapung di laut selama hampir 12 jam.

Mengimbas kembali adegan menyelamatkan orang di laut ketika itu, Koz berkata: “Ikan lumba-lumba yang membawa saya menemuinya, jika tidak saya tidak akan menemuinya di lautan yang luas.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI