25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupTeruja jumpa kereta Myvi di Scotland, rindu pelajar Malaysia kepada tanah air...

Teruja jumpa kereta Myvi di Scotland, rindu pelajar Malaysia kepada tanah air terubat jua

Pergi ke mana sahaja pelosok negara ini tidak sah kalau tidak ternampak kereta yang paling banyak di atas jalan, iaitu Perodua Myvi. Bukan setakat jumlahnya yang banyak, Myvi juga sering tular kerana ‘kebolehannya’ melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Namun, apa yang lebih membanggakan jika ternampak kereta jenama Malaysia ini di luar negara.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Mahziah Ramly, telah hantaran bersama beberapa gambar sekumpulan pelajar Malaysia yang sedang bergambar dengan sebuah kereta Myvi yang ditemui di Scotland.

Status tersebut dimuat naik di kumpulan Facebook MYVI CLUB MALAYSIA [OFFICIAL] dan telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai di situ.

Menurut wanita itu, anaknya yang kini sedang menghantar belajar di Edinburgh telah menghantar gambarnya dan kawan-kawannya bersama dengan sebuah kereta Myvi.

Tidak hanya itu, menurutnya lagi dengan melihat kereta itu membuatkan rindu mereka kepada tanah air terubat juga.

Melihat kereta kebanggan negara di luar negara pastinya mengamit kenangan, rindu juga pasti terubat dan apa yang pasti ada rasa bangga apabila ada jenama tempatan yang digunakan di negara asing.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI