Sudah terdapat banyak bukti yang menunjukkan kasih sayang ibu haiwan terhadap anaknya kadang kala melangkaui kasih manusia pada anak masing-masing.
Walaupun haiwan seperti anjing misalnya lazimnya melahirkan anak anjing dalam kuantiti yang banyak, namun ibu anjing dapat mengenali setiap seekor daripada anaknya.
Menurut sumber, keadaan ini terjadi ekoran ikatan yang terbentuk oleh si ibu dengan setiap seekor daripada anaknya daripada peringkat awal lagi.
Foto hiasan/Pixabay
Malangnya tidak semua anaknya akan hidup, samalah seperti apa yang terjadi pada ibu anjing ini yang terpaksa menanam sendiri bangkai anaknya.
Dengan langkah longlai, si ibu menggonggong bangkai anaknya lalu ia dibawa ke kawasan bertanah. Dengan mulutnya yang masih menggonggong si anak, kaki ibu anjing itu segera mengorek tanah.
NTD 新唐人電視台/Facebook
Bangkai anaknya itu kemudian diletakkan lalu dikambus dengan tanah oleh ibu anjing tadi. Jelas pakar, anjing berupaya untuk bertindak balas terhadap kematian sama seperti manusia.
Namun cara tindak balas mereka itu ternyata berbeza dengan apa yang dizahirkan oleh manusia. Ada anjing yang tidak begitu terjejas secara emosi jika berlaku kematian anjing yang lain.
Sementara banyak juga anjing mengalami kemurungan yang ketara jika berlaku kematian spesies mereka sendiri.
NTD 新唐人電視台/Facebook
Dalam situasi yang teruk, anjing yang terjejas daripada segi emosi juga akan bersedih dan meratapi pemergian anjing mahupun insan kesayangannya.
Mereka juga berkemungkinan akan hilang selera makan dan tidak aktif – enggan untuk bermain seperti kebiasaannya.
Foto hiasan/Pixabay
Sesungguhnya makhluk Tuhan ini dapat merasai rasa kehilangan sama seperti apa yang kita semua rasakan tatkala kehilangan insan tersayang.
Lihatlah video mereka berhadapan dengan kematian spesies sendiri menerusi video di sini.