Kucing comel ini dahulunya tidak bertuan, merempat di jalanan namun kini berjaya mendapat ‘pekerjaan’ di sebuah firma peguam, Order of Attorneys of Brazil.
Semuanya bermula pada suatu di mana hujan turun di ibu kota Brazil, seekor kucing terbiar dilihat tumpang berteduh di pejabat firma terbabit.
Kucing tersebut yang diberi nama Leon, tidak dihalau pada ketika itu membuatkan kucing terbabit kerap berteduh di kawasan penyambut tetamu apabila cuaca tidak menentu.
Disebabkan pejabat itu agak sibuk, maka ada beberapa individu membuat aduan tentang Leon yang sering berada di sana.
@dr_leon_advogato/Instagram
Tetapi staf firma terbabit tidak sanggup untuk menghalau Leon, oleh kerana itu mereka memutuskan untuk mengambilnya ‘bekerja’.
Pada ketika itulah, kucing tersebut diberi nama – Dr. Leon Advogato. ‘Advogado’ di dalam bahasa Portugis bermaksud peguam dan ‘gato’ pula bermaksud kucing.
“Saya pandailah buat kerja..”
@dr_leon_advogato/Instagram
Leon memulakan ‘tugasnya’ di bahagian penyambut tetamu dan kemudian jawatannya berubah menjadi ‘peguam’ dalam tempoh yang singkat. Pemurah betul majikan Leon bukan?
Nampaknya majikan Leon tidak berhenti di situ. “Kami dalam peringkat akhir untuk melancarkan institut hak haiwan yang dikenali sebagai Instituto Dr. Leon”.
Siap ada lencana kerja lagi..
@dr_leon_advogato/Instagram
“Malangnya kami tidak dapat menempatkan semua haiwan terbiar, jadi kami akan membiayai NGO di bandar. Kami akan menjadi contoh ikutan di Brazil”.