30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGlobalWartawan dipenjara rejim PKC kerana lapor permulaan pandemik di Wuhan mungkin gagal...

Wartawan dipenjara rejim PKC kerana lapor permulaan pandemik di Wuhan mungkin gagal bertahan ketika musim sejuk, kata ahli keluarga

Seorang ahli keluarga kepada wartawan warganegara China yang dipenjarakan, telah memberi amaran yang beliau mungkin tidak dapat bertahan pada ketika musim sejuk ini setelah melakukan mogok lapar selama 16 bulan dan akibat diberi makan secara paksa.

Zhang Zhan, seorang bekas peguam berusia 38 tahun, dijatuhi hukuman penjara 4 tahun pada Disember tahun lalu kerana melaporkan peringkat awal wabak Virus PKC di Wuhan. Zhang Zhan kini berada di ambang kematian, menurut keluarganya.

Abangnya yang menetap di Shanghai, Zhang Ju baru-baru ini berjaya memintas Great Firewall China dan menularkan lebih sedozen tweet mengenai adiknya sejak 29 Oktober. Dia berkata Zhang Zhan, yang telah melakukan mogok lapar berpanjangan, kini mempunyai berat kurang 88 paun (40 kilogram), dan sangat memerlukan bantuan perubatan.

Aktivis pro-demokrasi memegang sepanduk bebaskan bekas peguam Zhang Zhan di Hong Kong pada 28 Disember 2020. (Gambar oleh Kin Cheung / AP)

“Saya tidak fikir dia boleh bertahan lama,” tulis Zhang Ju pada 30 Oktober. “Saya berharap dunia akan mengingati bagaimana wajahnya jika dia gagal bertahan pada musim sejuk yang akan datang ini.”

Pada hari yang sama, ibu Zhang Zhan menyifatkan anak perempuannya sedang sakit kritikal dan lemah selepas melihatnya dalam pertemuan secara maya, lapor media.

“Dia lebih teruk daripada sebelumnya,” kata ibu Zhang Zhan. “Dia perlu dipapah untuk berjalan. Dan mengalami kesukaran untuk mengangkat kepalanya semasa bercakap. Ia amat berbahaya jika dia tidak dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan perubatan.”

Selepas pertemuan itu, ibunya berkata dia menangis selama berjam-jam.

‘Selamatkan Zhang Zhan’

Hantaran di media sosial oleh saudara lelaki Zhang Zhan mencetuskan limpahan sokongan daripada peguam hak asasi manusia, penentang kerajaan dan kumpulan hak asasi manusia. Ramai yang memuat naik imej mereka memegang papan tanda dalam bahasa Cina yang berbunyi “Selamatkan Zhang Zhan” atau “Bebaskan Zhang Zhan” di Twitter.

Aktivis hak asasi yang berpangkalan di Eropah, Lin Shengliang memberitahu The Epoch Times pada 1 November yang beliau berharap Zhang Zhan akan “terus hidup dan menyaksikan perkara mengarut di zaman kita.”

Penggal 4 tahun yang berat oleh pihak berkuasa China memberi isyarat bahawa rejim komunis China berterusan menutup jenayahnya dalam menangani pandemik, tekan Lin.

“Saya menyeru lebih ramai orang untuk menyuarakan sokongan mereka,” kata aktivis itu. “Untuk bercakap bagi pihaknya adalah bercakap untuk diri sendiri.”

Peguam hak asasi manusia China yang berpangkalan di New York, Wu Shaoping berkata dalam wawancara 1 November bersama The Epoch Times bahawa kes Zhang Zhan telah menarik perhatian ramai sepanjang penahanan, perjuangan, pendakwaan, mogok lapar dan sabitan kesalahan ke atasnya.

“Saya terkejut dan amat sedih dengan keadaan terkininya. Bayangkan, ibu dan abangnya akan berasa lebih sakit,” kata Wu.

Peguam itu menambah bahawa ia mesti rasa berputus harapan yang membuatkan abangnya memintas Great Firewall China dan meluahkan kenyataannya di Twitter kerana keluarganya ditindas dan didiamkan di China.

“Kehidupan di atas segala-galanya,” Guo Yuhua, seorang profesor sosiologi di Universiti Tsinghua berpangkalan di Beijing, yang memberi komen di Twitter pada 29 Oktober. “Tolong segera berikan Zhang Zhan pembebasan penuh belas kasihan!”

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International dan Human Rights Watch, juga telah menggesa agar Zhang Zhan dibebaskan dengan segera.

Paparan Skrin / YouTube

Dijatuhkan hukuman kerana melaporkan pandemik

Zhang Zhan yang berasal dari Shanghai, melawat Wuhan pada Februari 2020 untuk membuat liputan berkenaan adegan huru-hara yang berlaku di pusat wabak itu, mempersoalkan pengendalian pihak berkuasa terhadap wabak yang bermula.

Dengan hanya menggunakan telefon pintar yang ada, Zhang, selama tiga bulan menemu bual beberapa penduduk Wuhan dan mengadakan lawatan ke hospital, pusat kuarantin sementara, dan Institut Virologi Wuhan.

Pada bulan Mei, Zhang Zhan telah dibawa pergi oleh polis Shanghai dari bilik hotelnya dan dipindahkan kembali ke Shanghai, dan dijadikan tahanan. Zhang kemudian didakwa kerana ‘memulakan pertengkaran dan mencetuskan masalah’. Pertuduhan yang biasa digunakan oleh Parti Komunis China untuk menindas atau menyekat perbezaan pendapat.

Pada 8 Disember, peguamnya Zhang Keke mendedahkan Zhang enggan mengaku bersalah dan telah melakukan mogok lapar selama lima bulan sebagai membantah pertuduhan ke atasnya. Zhang juga pernah diberi makan secara paksa, digari dan diletakkan dalam kawalan paksa selama 24 jam, kata peguam itu.

“Setiap hari adalah penderitaan,” peguam itu memetik kata-kata anak guamnya, yang menangis di sepanjang perbualan dengannya, menurut ChinaAid, sebuah syarikat bukan keuntungan yang berpangkalan di Washington.

Peguam Zhang Zhan di hadapan mahkamah di Shanghai, China pada 28 Disember 2020 (Gambar Kyodo News/AP)

Pada 28 Disember, Zhang Zhan yang hadir di mahkamah dengan berkerusi roda, telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman empat tahun penjara.

Bagaimanapun, peguamnya memberitahu media selepas perbicaraan bahawa pendakwa raya hanya menyenaraikan bukti asas, tetapi tidak memberikan bukti sahih kepada mahkamah. Jadi peguam tidak dapat menentukan kes yang spesifik terhadap Zhang Zhan.

Zhang Zhan adalah antara beberapa pemberi maklumat dan wartawan bagi pihak awam yang membunyikan penggera tentang wabak Wuhan yang ternyata amat teruk, dan akibatnya telah dijatuhi hukuman oleh rejim PKC. Dalam kes berprofil tinggi, doktor China Li Wenliang telah diberi ‘teguran’ oleh pihak berkuasa pada awal 2020 kerana memberi amaran tentang kewujudan ‘virus seperti SARS’ dalam kumpulan perbualan peribadinya. Tidak lama kemudian, Dr. Li Wenliang telah meninggal dunia akibat Virus PKC (COVID-19).

Tonton video di bawah.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI