28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaMahkamah Persekutuan Amerika Syarikat sekat mandat vaksin COVID-19 pentadbiran Biden ke atas...

Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat sekat mandat vaksin COVID-19 pentadbiran Biden ke atas perniagaan swasta

Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat pada 6 November menyekat mandat vaksin COVID-19 ke atas majikan swasta oleh pentadbiran Biden, dengan menegaskan mungkin terdapat isu perlembagaan dalam keperluan itu.

“Oleh kerana petisyen memberi sebab untuk mempercayai terdapat isu berkanun dan perlembagaan yang serius dengan mandat itu, mandat dengan ini DIKEKALKAN ditangguh sementara tindakan selanjutnya oleh mahkamah ini,” putus panel Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat untuk ‘Fifth Circuit’ dalam perintah ringkas itu.

Pemberhentian mandat, yang diumumkan pada minggu ini, adalah secara sementara memandangkan kes itu sedang bergerak ke hadapan.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden ketika sidang media di Washington pada 6 November 2021. (Gambar oleh Samuel Corum/Getty Images)

Kes berkenaan dibawa oleh pelbagai perniagaan, termasuk Persatuan Keluarga Amerika; beberapa individu; dan beberapa negeri termasuk Texas, Utah, dan Mississippi.

Pempetisyen berkata mandat itu, yang diisytiharkan sebagai Standard Kecemasan Sementara (ETS) oleh Jabatan Tenaga Buruh untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) perlu dibatalkan kerana ia melebihi kuasa OSHA di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Amerika Syarikat.

Mereka berkata tindakan pihak berkuasa adalah terhad kepada bahaya yang berkaitan dengan tempat kerja, sementara risiko yang berkaitan COVID-19 adalah ‘bahaya kepada seluruh masyarakat’. Mereka juga berkata mandat itu tidak masuk akal kerana dalam menentukan sama ada COVID-19 adalah bahaya di tempat kerja bergantung pada umur dan kesihatan pekerja, bukan berapa ramai rakan sekerja yang mereka ada.

“Dalam percubaan untuk mengenakan mandat vaksinasi di seluruh negara tanpa kelulusan dari Kongres, cawangan eksekutif telah meletakkan mandat vaksin COVID-19 sebagai peraturan kecemasan tempat kerja yang menjejaskan hampir 100 juta rakyat Amerika Syarikat. Tetapi ETS bukanlah peraturan tempat kerja mahupun responsif kepada kecemasan,” peguam bagi pempetisyen menulis dalam usul tergempar meminta mahkamah melaksanakan penangguhan.

“Status vaksinasi adalah isu kesihatan awam yang memberi kesan kepada seluruh masyarakat; ia bukan bahaya khusus kepada tempat kerja. Dan tidak perlu menggunakan peraturan kecemasan untuk menangani pandemik yang sedang berlaku selama hampir dua tahun. Kongres tidak memberikan OSHA kuasa yang meluas dalam statut bidang kuasanya,” tambah mereka.

Pegawai pentadbiran dalam beberapa hari kebelakangan berkata mereka yakin peraturan OSHA akan menyangkal bantahan undang-undang yang dikemukakan selepas ia didedahkan kepada umum.

Peguam Jabatan Buruh Seema Nanda memberitahu The Epoch Times dalam satu kenyataan melalui e-mel bahawa pentadbiran bersedia untuk mempertahankan mandat di mahkamah.

“Jabatan Buruh A.S. yakin dengan kuasa undang-undangnya untuk mengeluarkan standard kecemasan sementara mengenai vaksinasi dan ujian. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan secara jelas memberi OSHA kuasa untuk bertindak pantas dalam hal kecemasan di mana agensi mendapati bahawa pekerja tertakluk kepada bahaya besar dan standard piawaian baharu diperlukan untuk melindungi mereka,” katanya.

Brandon Trosclair, seorang pempetisyen yang menggaji hampir 500 pekerja di rangkaian kedai runcit miliknya di Louisiana dan Mississippi, berkata dalam satu kenyataan bahawa keputusan itu adalah “kemenangan pertama yang luar biasa untuk semua rakyat Amerika,” sambil menambah mahkamah rayuan “dengan cepat menyedari bahawa mandat vaksin Biden ke atas majikan swasta akan menyebabkan mudarat lebih besar ke atas perniagaan seperti saya.”

“Tindakan mahkamah bukan sahaja menghalang Biden daripada meneruskan tindakannya yang melanggar undang-undang, tetapi ia juga memerlukan semakan kehakiman yang kami minta. Presiden tidak boleh melaksanakan prosedur perubatan ke atas rakyat Amerika Syarikat tanpa semak dan imbang yang diperuntukan oleh Perlembagaan,” tambah Peguam Negara Louisiana Jeff Landry, seorang Republikan dan salah seorang pempetisyen.

Panel mahkamah rayuan terdiri daripada Hakim Stuart Kyle Duncan, penama Trump; Hakim Edith Jones, penama Reagan; dan Hakim Kurt Engelhardt, penama George W. Bush.

Pentadbiran Biden diperintahkan untuk memfailkan jawapan ke atas usul pempetisyen untuk injunksi kekal pada jam 5 petang hari Isnin (8 November) dan memfailkan jawapan untuk lain-lain dokumen pempetisyen di mahkamah dengan selewat-lewatnya pada jam 5 petang hari Selasa (9 November) waktu tempatan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI