Sejumlah 98 orang maut, manakala berpuluh lagi cedera apabila berlakunya letupan sebuah lori tangki yang membawa muatan bahan api berdekatan dengan bandar Sierra Leone pada 5 November lalu.
Lori tangki terbabit difahamkan terbakar ketika di persimpangan yang sibuk selepas berlanggar dengan sebuah trak lalu terbakar, menjadikan ia kemalangan terburuk di negara itu dalam tempoh bertahun-tahun.
“Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini berlaku sepanjang perkhidmatan saya sebagai pakar bedah. Kita terima mangsa yang cedera, melecur dan juga mayat”, ujar Mustapha Kabba yang bertugas di Connaught Hospital.
Menurut Bandar Yvonne Aki-Sawyerr, seramai 92 mangsa mengalami kecederaan. “Rakaman video dan foto yang tersebar di media sosial sangat mengerikan”, tulis beliau di Facebook.
Difahamkan pada kejadian itu, orang ramai berkerumun di sekitar lori untuk mengambil bahan api yang keluar. Apa sahaja yang tertumpah dianggap pembaziran jika dibiarkan.
Ini kerana masyarakat di sana masih bergelut untuk mendapatkan bahan api tersebut. Lori terbabit bagi mereka ketika itu tidak kelihatan berbahaya, sehinggalah ia terbakar kemudiannya.
Bukan itu sahaja, bahkan kenderaan dan juga bangunan berdekatan dengan lokasi kejadian turut terbakar setelah disambar api.
“Pihak bomba dan penyelamat datang namun tiada apa yang boleh mereka lakukan. Api terlalu marak”, ujar seorang saksi kejadian.
Laporan mengatakan bahawa kedua-dua pemandu lori yang berlanggar itu sempat keluar daripada lori masing-masing lalu memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhi lokasi itu.
Namun menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Sierra Leone dalam satu kenyataan, orang ramai sebaliknya terus mencedok gas ke dalam bekas sementara.
Pegawai yang terlibat mendedahkan bahawa angka kematian mungkin meningkat, memandangkan lebih banyak mayat dijumpai.
Angka kematian mungkin meningkat, pegawai memberi amaran, kerana lebih banyak mayat ditemui daripada serpihan.