25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupTidak tinggal di banglo mewah atau pakai pakaian berjenama, Keanu Reeves hidup...

Tidak tinggal di banglo mewah atau pakai pakaian berjenama, Keanu Reeves hidup sederhana dan lebih banyak menderma

Gaya hidup bintang Hollywood memang penuh dengan populariti dan kemewahan. Mereka mampu membeli kediaman dan kenderaan yang paling mahal dan mewah. Ada juga antara mereka yang punya jet peribadi sendiri!

Namun, tidak semua artis terkenal yang menjalani hidup yang mewah walaupun mereka mampu. Sebenarnya ada yang memilih untuk hidup sesederhana mungkin walaupun miliki harta kekayaan dan Keanu Reeves adalah antara mereka yang lebih selesa untuk hidup sederhana.

Keanu Reeves membuat debutnya dalam industri hiburan pada usia 17 tahun, dan menerima pujian hebat dalam trilogi filem “The Matrix”. Walaupun dihimpit populariti dan kemewahan bintang ini sebenarnya seorang yang sangat merendah diri.

Percaya atau tidak, dia tidak memilik pengawal peribadi, tiada rumah mewah dan hanya tinggal di pangsapuri biasa. Dia juga tidak memilki kenderaan mewah dan hanya menunggang motosikal kegemarannya. Dia juga dikatakan suka merayau-rayau di sekitar bandar.

Sungguhpun dia mampu memiliki segala-galanya dia hanya memakai pakaian biasa yang tidak berjenama. Tidak hanya itu, dia juga hanya menerima tawaran iklan produk jenama kegemarannya.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dia telah menyumbangkan 70% daripada pendapatannya daripada “The Matrix” kepada hospital dan membeli motosikal untuk diberikan kepada 12 orang pelakon lagak ngeri.

Di mata orang biasa, Keanu adalah seorang pelakon besar Hollywood yang menjalani kehidupan yang sederhana. Ramai yang pernah melihatnya di jalan, dia mungkin sedang duduk di atas bangku sambil makan sandwic atau kek, dan riak wajahnya sangat bersahaja.

Keanu juga sering memberi wang kepada gelandangan di jalanan. Dia suka berbual dengan gelandangan di jalanan dan memberi makanan.

Pada hari lahir Keanu yang ke-46, dia membeli sendiri kek kecil (tart), meletakkan lilin di atas tart, dan duduk di jalan menyambut hari lahirnya bersama seorang gelandangan.

Keanu turut berkongsi kek hari jadinya apabila gelandangan itu berbual dengannya.

Dia sentiasa hidup dalam kesederhanaan dan sering menggunakan kenderaan awam seperti dengan bas atau kereta api. Dia pernah menawarkan tempat duduknya kepada wanita yang baru memasuki kereta api dan kejadian tersebut ditangkap oleh kamera paparazi seterusnya menjadi buah mulut orang ramai.

“Wang bukan lah apa yang saya sayang, kekayaan saya kini cukup untuk saya hidup selama beberapa abad, lebih baik saya berkongsi wang dengan orang yang lebih memerlukannya,” kata Keanu.

Selepas sekuel The Matrix Reloaded mencecah box office, Keanu mendapat bonus 100 juta dolar AS. Bagaimanapun, dia mengagihkan 75 juta dolar AS bersama dengan krew dan pereka pakaian yang bekerja di belakang tabir filem itu.

Keanu dilahirkan di Beirut, Lubnan, bapanya berketurunan Cina dari Hawaii, Amerika Syarikat dan ibunya berasal dari England. Ibu bapanya bercerai ketika Keanu baru berusia 3 tahun. Sepanjang hidunya dia pernah telah tinggal di Lubnan, Hawaii, Macau, dan di Kanada.

Keanu dilahirkan dalam keluarga yang berpecah belah. Ibunya seorang penari, manakala bapanya dipenjarakan kerana mengedar dadah. Sejak itu, dia tidak pernah berjumpa dengan ayahnya lagi.

Pada tahun 1999, Jennifer Syme, teman wanitanya, hamil. Namun, berkemungkinan akibat pengambilan dadah, anak mereka meninggal dunia dalam kandungan ketika Jennifer mengandung 8 bulan.

Dan lebih tragis, sejurus selepas kematian anaknya, Jennifer meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Ketika itu, Keanu yang sedang menjalani penggambaran “The Matrix Reloaded” segera meminta kebenaran penerbit untuk pergi ke pengebumiannya selepas mendapat berita buruk itu.

Pada pengebumian itu, Keanu dan keluarga serta rakan-rakannya mengangkat keranda Jennifer ke kubur dengan perkataan “The Love of My Life”.

Serentak dengan itu, adik perempuannya disahkan menghidap leukemia. Demi adiknya, Keanu memberikan rawatan yang terbaik untuknya, dia menyumbangkan sebahagian besar wang daripada filemnya ke hospital tempat adiknya dirawat. Dia juga menghabiskan banyak masa menemaninya.

Kini, Keanu Reeves berusia 51 tahun, menjalani hari-harinya dengan bebas sesuka hati sambil menunggang Harley kegemarannya.

Segala yang Keanu alami telah memberinya banyak pengajaran tentang kehidupan. Dia tidak perlu memakai pakaian berjenama atau menjalani kehidupan yang mewah. Wang, material, dan semua perkara lain tidak penting baginya. Apa yang penting dia bebas melakukan apa yang dia suka dengan gaya hidup yang sederhana.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI