Siapa sahaja yang tidak marah apabila barangnya dicuri orang. Pasti bengang apabila barang kesukaan atau sesuatu yang mempunyai harga atau nilai sentimental hilang begitu sahaja. Kemudian, bayangkan pula jika terjumpa dengan pencuri tersebut. Apa yang bakal kita lakukan?
Buat sesetengah orang mereka akan marah dan cuba mendapatkan barang mereka semula. Kalau perlu mereka akan melibatkan polis dalam hal tersebut. Namun, tidak semua akan bertindak seperti itu, malahan ada yang sangat memahami dan bertindak dengan rasional serta tidak terburu-buru.
Seperti seorang lelaki di dalam video ini, tindakan yang diambilnya telah menyentuh hati ramai. Apa yang berlaku ialah dia telah kehilangan basikalnya dan pada suatu hari dia melihat basikalnya ada di luar sebuah kedai.
Dia kemudian terus masuk ke kedai dan mencari individu yang menggunakan basikalnya. Pada mulanya dia kelihatan sangat marah dan cara bercakapnya juga agak kasar. Dia kemudian mengugut mahu menghubungi polis. Namun begitu, sebaik sahaja mendengar penjelasan pemuda yang mencuri basikalnya dia mula tenang semula.
Apa yang lebih mengejutkan dia bahkan cuba mencari jalan penyelesaian untuk semua pihak. Menurut pemuda yang mencuri basikalnya dia memerlukan basikal tersebut untuk pergi ke tempat kerja.
Walaupun apa yang berlaku bukan masalahnya tetapi dia tetap cuba untuk membantu pemuda yang telah mencuri basikalnya. Dia juga meminta maaf kerana berkasar pada awalnya.
Tidak semua boleh bertindak rasional seperti ini dalam keadaan marah. Walaupun dia berhak untuk marah atau melaporkan kejadian tersebut kepada polis dia memutuskan untuk tidak melakukannya bahkan cuba untuk membantu pemuda tersebut.