Lazimnya para pencinta kucing akan melepaskan stress setelah pulang daripada tempat kerja dengan meluangkan masa melayan karenah kucing peliharaan di rumah.
Jika stress di tempat kerja, lazimnya para pencinta kucing akan memperbaiki mood mereka dengan meluangkan masa melayani karenah kucing peliharaan di rumah.
Foto hiasan/Pixabay
Segala penat dan letih akan ‘hilang’ begitu sahaja tatkala melihat keletah mereka itu bukan? Cuba bayangkan jika di tempat kerja pun ada kucing untuk menemani kita membuat kerja.
Poopy Cat/YouTube
Itulah yang diamalkan oleh sebuah pejabat, dipercayai di Belanda. Sumber mengatakan bahawa syarikat itu mahu mengurangkan tekanan dalam kalangan pekerja.
Poopy Cat/YouTube
Justeru mereka memutuskan untuk membela beberapa ekor kucing di pejabat. Idea ini tentunya mampu ‘memulihkan’ produktiviti pekerja, malah memberi inspirasi untuk kakitangan bekerja dengan efisien.
Poopy Cat/YouTube
Pejabat itu sebenarnya menjadi lokasi pengoperasian untuk syarikat pembekalan barangan keperluan kucing.
Justeru, bagi mengembangkan produk yang bersesuaian dengan kucing, maka kucing-kucing inilah yang mereka ‘kaji’.
Poopy Cat/YouTube
Kucing-kucing ini agak nakal juga dan tidak boleh duduk diam – berjalan pada papan kekunci, melompat dan memanjat, menyepahkan sampah dan pelbagai lagi.
Namun kehadiran mereka mampu merangsang imaginasi, selain melatih pekerja untuk menyiapkan tugasan dengan pantas dan tepat.
Poopy Cat/YouTube
Ini kerana jika keperluan kucing tidak dipenuhi dalam masa yang singkat, kemungkinan kucing di sana akan berterusan mengganggu kerja kakitangan syarikat.
Poopy Cat/YouTube
Setiap pekerja difahamkan berjaya membina tabiat yang baik dalam ‘memproses’ keperluan kucing sepantas mungkin dan ia sekaligus meningkatkan mutu kerja dan misi syarikat.
Satu idea yang bijak bukan? Berikut video gelagat mereka di pejabat :