31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaNasional#Bajet2022 : 13 intipati belanjawan dan golongan sasar

#Bajet2022 : 13 intipati belanjawan dan golongan sasar

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan #Bajet2022, yang mana ianya menjadi belanjawan kedua oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Pembentangan belanjawan itu dilakukan di Parlimen, bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ dan berteraskan 3 konsep utama, iaitu :

  • Rakyat yang sejahtera
  • Perniagaan yang berdaya tahan
  • Ekonomi yang makmur dan mampan

Keseluruhan jumlah peruntukan untuk Bajet 2022 ini adalah yang terbesar dalam sejarah, melibatkan RM332.1 bilion – 3% lebih tinggi berbanding tahun 2021.

Berikut adalah 12 intipati utama yang dinyatakan :

#1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Sebanyak RM8.2 bilion diperuntukan untuk insentif BKM ini yang menggantikan Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) pada tahun lalu, melibatkan kategori isi keluarga seperti berikut :

B40

  • RM2,000 : Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM1,500 : Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM1,000 : Tidak mempunyai anak

M40

  • RM800 : Mempunyai 3 anak atau lebih
  • RM600 : Mempunyai 2 atau 1 anak
  • RM400 : Tidak mempunyai anak

Bujang

  • RM350 : Bujang berpendapatan RM2,500
  • RM600 : Warga emas bujang berpendapatan kurang RM5,000

#2 Bantuan Awal Persekolahan

Jika sebelum ini, bantuan awal persekolahan untuk tahun 1 hingga Tingkatan 5 hanya sebanyak RM100, namun untuk Bajet2022, nilai itu ditambah menjadi RM150.

#3 PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) daripada golongan keluarga B40 akan menerima tablet secara percuma.

Sejumlah RM450 juta diperuntukkan untuk progam ini dan ia akan turut dibantu dengan sumbangan daripada syarikat telekomunikasi.

#4 Pemberian kit kebersihan diri

Insentif ini akan diberikan kepada sejumlah 130,000 orang remaja wanita daripada keluarga B40 secara bulanan.

#5 Subsidi kerusi keselamatan kereta bagi kanak-kanak

Kerajaan akan memberi subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi golongan B40, yang akan memanfaatkan 188,000 buah keluarga.

#6 Skim transaksi tanpa tunai ‘eStart’

Golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa IPT akan diberikan RM150 secara one-off melalui e-wallet/e-dompet.

#7 Bantuan lesen kenderaan motor golongan OKU

Kerajaan akan menanggung keseluruhan kos lesen kenderaan bermotor (LKM) untuk golongan kelainan upaya (OKU), bertujuan untuk meringankan kos sara hidup golongan ini.

#8 Pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% kepada 9% akan dilanjutkan sehingga Jun 2022, melibatkan anggaran bernilai RM2 bilion.

#9 MyRail 5 –  Pas perjalanan tanpa had pelajar dan OKU

Pas bulanan ini diperkenalkan pada tahun 2021, boleh digunakan di laluan komuter Lembah Klang, komuter sektor utara, kereta api antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan laluan Beaufort-Tenom di Sabah.

#10 Cukai jualan barangan import bernilai rendah

Ia dikenakan ke atas barang bernilai rendah dari luar negara yang dijual oleh peniaga atas-talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui perkhidmatan kurier udara.

Walau bagaimanapun, cukai ini tidak melibatkan makanan dan minuman serta perkhidmatan logistik.

#11 Bantuan penjawat awam dan pesara kerajaan

Sebanyak RM700 akan diberikan kepada kakitangan awam bergred 56 dan ke bawah, sementara pesara kerajaan pula akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM350.

#12 Diskaun pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

  • 15% bagi penyelesaian penuh hutang
  • 12% bagi bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
  • 10% bagi bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual

#13 Program ‘Community Feeding’

Program yang telah dijalankan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta Putrajaya akan dikembangkan ke kawasan lain, dengan peruntukan bernilai RM24 juta disasarkan kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

Tujuan program ini adaalah untuk membekalkan makanan bernutrisi 5 kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia setahun hingga 6 tahun.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI