26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaInspirasiTak sangka anjing boleh jaga kucing hilang dengan baik hinggalah disatukan kembali...

Tak sangka anjing boleh jaga kucing hilang dengan baik hinggalah disatukan kembali dengan tuannya

Kucing kesayangan hilang semestinya membuatkan kita sebagai pemilik berasa bimbang dan tidak senang duduk memikirkan keberadaan mereka.

Selain bercakap dan meminta tolong kucing jalanan, nampaknya anjing juga boleh diharap untuk mencari dan menjaga kucing hilang sementara kita menjumpainya.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Zaheera Hamidi. Menurutnya, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baharu.

Namun kucingnya, Loki hanya dibawa sedikit lewat daripada hari mereka berpindah bagi memberi ruang mereka menyediakan tempat baru untuknya.

Namun sejurus sahaja Loki berada di dalam rumah, pintu rumah kemudiannya sedikit terbuka dan Loki terus berlari keluar.

Zaheera kemudian meronda di kawasan sekitar dan masih lagi menunggu Loki pulang keesokan harinya. Suaminya juga bantu mencari setelah dia pulang daripada kerja.

Beberapa hari berlalu, Loki masih belum pulang. Zaheera akhirnya berjaya menghubungi individu yang ternampak Loki, yang bernama Pang di kawasan kejiranan itu.

Pang turut bersetuju untuk mencari Loki, sambil dibantu oleh kakaknya, Wawa dalam misi pencarian Loki, tidak kira waktu dan cuaca panas terik.

Tetapi malangnya kelibat Loki masih tidak kelihatan setelah hari-hari berlalu. Zaheera masih lagi terus berdoa agar dapat ditemukan semula bersama kucing kesayangannya.

Sehinggalah tiba pada suatu petang, Zaheera menerima panggilan. “Akak, I rasa I dah jumpa you punya kucing”, membuatkan wanita itu menggeletar dan teruja seakan tidak percaya.

Lelaki berkenaan turut membuat panggilan video bagi menunjukkan Loki dan ia sememangnya Loki milik Zaheera yang hilang selama ini.

Sebenarnya Loki dijumpai oleh anjing peliharaan lelaki berkenaan, Mango. Kebetulan, poster Loki hilang dilihat lelaki itu lantas menunjukkannya pada Mango.

Mango kemudian menghampiri kawasan semak dan mula menyalak. Lelaki itu pada mulanya berasa pelik namun setelah itu barulah dia faham. Loki berada di situ!

“Mango cam Loki dalam poster itu. Loki terlepas jauh sangat dari kawasan rumah saya. Kami tak terfikir akan cari sampai ke situ. Kawasan perumahan yang kurang penduduk dan sunyi”.

Anjing tersebut ternyata membuatkan Zaheera tergamam. Dia langsung tidak menyangka bahawa seekor anjing mampu menjaga dan mengenali kucingnya.

Zaheera turut berniat untuk memberikan ganjaran buat pemilik Mango atas bantuan tersebut namun ia ditolak secara baik oleh mereka.

Apa pun, lega apabila Loki dapat pulang kembali ke pangkuan keluarganya dan terima kasih juga kepada Mango – makhluk pintar yang banyak berjasa dalam membantu misi pencarian Loki ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI