Pernah nampak kucing mengada-ngada suka bermanja dan berkepit dengan pemilik bukan? Seperti ketika pemilik sedang bekerja di hadapan komputer, dia terus sengaja buat selamba berbaring di atas papan kekunci sambil enggan berganjak.
Paling geram pernahkah anda melihat kucing terus melompat ke atas pemanggang barbeku yang ingin digunakan segera tetapi dia enggan berganjak, walaupun tuannya sudah terjerit-jerit meminta dia turun?

Pemilik kucing yang ini tidak bernasib baik hari itu lalu bercerita di Facebook:
“Cuaca baru-baru ini cukup baik, dan tidak ada yang salah dengannya. Jadi kami berbincang untuk mengumpulkan saudara-mara dan mengatur satu perjumpaan keluarga. Kami fikir untuk mengadakan makan-makan dan barbeku di luar. Tidak sangka pula, semua orang bersetuju. Nampaknya semua berasa bosan bekerja dan duduk di rumah, apa salah keluar bercuti sekali-sekala. Idea yang baik adakan parti barbeku.”

“Jadi bagi tujuan itu, kami telah membeli pemanggang barbeku yang besar. Tanpa disangka, ketika ia baru sahaja diletak di luar, kucing kami dengan selamba melompat dan terus berbaring di atasnya.”
“Melihat si nakal ini tidur di atas pemanggang barbeku kami dengan sangat selesanya, saya rakamkan gambarnya. Kedudukan dia betul-betul cukup muat di atas pemanggang, benar-benar terasa seperti kucing yang dipanggang! Adakah dia ini cuba memberitahu saya, “Saya sudah cukup bosan dengan kehidupan?”.”

“Saya menyuruhnya turun berkali-kali, sampai terjerit-jerit minta dia segera turun. Tidak sangka pula kucing ini berdegil, benar-benar tidak peduli dengan arahan saya. Macam mana hendak suruh dia berganjak ini?”
“Kemudian, saya selesai menyiapkan barang-barang dan kembali ke pemanggang itu. Dia sudah siap tertidur di atas barbeku saya. Nampaknya jika begini dia tahu saya tidak sampai hati, mana berani untuk menghidupkan pemanggang ini dengan dia berada di atasnya.”
Tetapi kucing ini masih dengan tenang berbaring di atasnya. Melihat mata kecilnya menjeling-jeling, pemilik berfikir mungkin kucing itu bosan dengan kehidupan dan tidak kisah dirinya dipanggang hidup-hidupkah?

Seorang netizen mencadangkan, apa kata kamu berbisik kepadanya, “Saya mahu jual kamu sekarang!” Mungkin dia akan jadi sangat takut dan terus melompat turun lalu melarikan diri.
Nakal sungguh kucing ini, buat muka selamba sahaja berehat di atas pemanggang barbeku itu ketika orang tengah sibuk mahu menggunakannya dengan segera.