28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalBusana pahlawan Melayu Hang Tuah curi tumpuan dalam acara Sukan Paralimpik Tokyo

Busana pahlawan Melayu Hang Tuah curi tumpuan dalam acara Sukan Paralimpik Tokyo

Temasya Sukan Olimpik Tokyo telah melabuhkan tirai dan hal ini secara langsung menandakan permulaan kepada Sukan Paralimpik 2020. Kali ini, para kontinjen Malaysia sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai dengan mempamerkan persalinan pahlawan semasa upacara perbarisan temasya berkenaan.

Mendapat inspirasi daripada persalinan Laksamana Hang Tuah, para atlet kelihatan segak dari segi penggayaan dan adaptasi motif tradisional dengan mengekalkan Jalur Gemilang sebagai warna utama. Seramai 10 orang mewakili kontinjen negara dalam perbarisan berkenaan dengan diwakili jaguh powerlifting iaitu Bonnie Bunyai Gustin dan atlet olahraga, Siti Noor Iasah Ariffin sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Sumber: Twitter

“Saya amat berbesar hati dipilih sebagai pembawa bendera dalam upacara pembukaan pada temasya terbesar ini. Saya harap saya memperoleh kejayaan nanti,” kata Bonnie.

Difahamkan rekaan busana ini merupakan hasil air tangan dan idea bernas daripada Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Shah Alam. Rekaan ini turut menampilkan corak songket bunga tabur yang diolah daripada manggis sekali gus memberikan sentuhan moden yang eksklusif kepada si pemakai.

Busana ini begitu menarik dan kreatif sehingga berjaya menarik perhatian pihak penganjur yang turut berkongsi di laman Twitter mengenai keunikan busana yang digayakan oleh kontinjen Malaysia.

Sumber: Utusan

“Aiyo! Kami sengaja menggunakan perkataan itu. Kami sangat sukakan busana dari Malaysia”.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana pihak penganjur dari Jepun tahu menggunakan perkataan ‘Aiyo’ itu. Hakikatnya, perkataan ini sebenarnya telah diiktiraf pada tahun 2016 dan dimasukkan ke dalam Kamus Oxford English!

Perkataan ‘Aiyo’ dan ‘Aiya’ dikatakan berasal dari perkataan Cina yang membawa maksud ‘oh tidak’ dan ‘aduh’ bagi menggambarkan perasaan berbaur kekecewaan, kegusaran atau kejutan dalam Bahasa Inggeris. Selain ‘Aiyo’, perkataan lain yang turut diterima masuk ke dalam kamus berkenaan adalah seperti ‘Mamak’, ‘rendang’ dan ‘Char Kuey Tiow’.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI