26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya Hidup“Jangan berhenti, urutlah saya lagi!” Capybara buat muka selamba tidak terganggu disakat...

“Jangan berhenti, urutlah saya lagi!” Capybara buat muka selamba tidak terganggu disakat si undan, sebaliknya menikmatinya sebaik mungkin

Gelagat haiwan kadangkala spontan melucukan dan boleh pula dijadikan iktibar dalam kehidupan manusia. Seorang netizen Jepun @n_dancapy berjaya merakam adegan melucukan ini di Zoo Ichihara Elephant Kingdom, Wilayah Chiba. 

Seekor burung undan tiba-tiba geram dan teringin merasa otot berlemak capybara gebu yang berada di sebelahnya tetapi dia telah memilih seekor capybara yang salah dalam banyak-banyak capybara dalam kumpulan capybara di situ. 

Si undan mahu membuka paruhnya yang panjang terbuka lebar dan ingin memasukkan anak capybara melaluinya, macam dia selalu buat apabila memakan ikan. 

@n_dancapy/Twitter

Namun di sebalik gangguan yang entah apa-apa itu, anak capybara dengan tenang sahaja menikmati makanannya bersama ibu dan adik-beradiknya.

Nampaknya si undan seperti ingin mengancam dan menyakat anak capybara ini, tetapi wajah selamba hidung meninggi si capybara comel dengan spontan sahaja boleh membuat orang ketawa.

Kelihatan haiwan yang lain pun tidak hirau dengan kelakuan si undan sambil terus sahaja menikmati makanan mereka. Walaupun biasanya burung undan memakan ikan, mengapa pula dia tertarik dengan capybara ini pada hari itu?

@n_dancapy/Twitter

Pada mulanya, undan membuka paruh dan mencuba-cuba untuk merasa tubuh capybara, tetapi nampaknya sama sekali haiwan gebu dan bulat itu tidak muat disepitnya.

Kemudian dia cuba pergi menyepit perut capybara, dan naik ke leher. Mengusik capybara dari ekor hingga ke kepala dengan menunjukkan paruh panjang seperti mahu menakut-nakutkan.

Apa yang melucukan, capybara cukup bertenang dan tidak langsung berasa terancam dalam proses itu. Burung itu dibenarkan untuk ‘memuat naik turun’ paruhnya di belakang tubuh gebu si capybara. 

@n_dancapy/Twitter

Tidak melawan dan tidak berniat untuk melarikan diri. Walaupun undan mematuk dan menyepit bahu dan lehernya, capybara hanya memandang ke hadapan dan tidak langsung terganggu serta dia tetap di situ, malahan seperti memintanya lagi.

“Sedapnya saya menerima urutan percuma, kalau hendak makan saya pun mana badan ini boleh muat…” mungkin itu dalam fikirannya.

@n_dancapy/Twitter

Ketika si undan berhenti, capybara memandang ke belakang seperti berkata, “Eh, jangan berhenti, urutlah saya lagi, teruskan…”

“Baiklah kalau begitu … saya akan terus ganggu kamu,” si undan meneruskan.

@n_dancapy/Twitter

Capybara nampak benar menikmatinya. Selagi anda makan cukup lemak, anda tidak akan berasa takut dengan ancaman. Alasan kukuh untuk tidak menurunkan berat badan.

@n_dancapy/Twitter

Akhirnya, capybara mengangkat kepalanya tinggi-tinggi kerana dia dengan yakin berasa dirinya tidak akan mampu diapa-apakan oleh si undan. Buat penat sahaja si undan berusaha. 

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI