26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiKucing sesat ikut tuan mendaki, dibiarkan sendiri. Tetap setia tunggu tuan kembali..

Kucing sesat ikut tuan mendaki, dibiarkan sendiri. Tetap setia tunggu tuan kembali..

Kucing sejak sekian lama telah membina reputasi buruk kerana seringkali enggan didekati oleh manusia dan gemar bersendirian.

Walau bagaimanapun pakar mendapati sebaliknya, di mana kucing sebenarnya sama seperti anjing yang mempunyai ikatan emosi dengan insan kesayangan.

Inilah Nabi, seekor kucing comel yang gendut berwarna putih dengan tompok kehitaman. Nabi juga difahamkan gemar mengikuti tuannya mendaki gunung.

Tuannya langsung tidak memakaikan Nabi dengan tali bagi mengelakkannya terlepas. Kucing comel berkenaan dibiarkan sahaja bebas.

Pada mulanya Nabi mengikuti sahaja langkah tuannya sama seperti anak kecil yang langsung tidak boleh berenggang dengan ibu bapa.

Namun ada suatu ketika di mana Nabi secara tidak sengaja bermain jauh daripada tuannya dan tersedar bahawa dirinya kini bersendirian. Tuannya langsung tidak kelihatan!

Nabi kemudian kembali ke lokasi terakhir tuannya berehat namun hampa apabila tuannya tiada juga. Akhirnya Nabi merayau sendirian mencari tuannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Nabi akhirnya terpaksa duduk sahaja di hutan terbabit seolah-olah dirinya kini merupakan kucing terbiar.

Ramai pengunjung berasa kasihan dengan Nabi dan sering meninggalkan makanan dan air buatnya hinggakan Nabi kelihatan lebih gendut daripada sebelumnya.

Oleh disebabkan Nabi agak manja, Nabi membenarkan orang membelainya namun kucing itu enggan dirinya diangkat kerana khuatir akan dibawa pergi.

Ya, Nabi tetap setia menunggu tuannya kembali semula ke situ bagi menjemputnya pulang. Akan tetapi, ia hanya tinggal harapan.

Dua bulan kemudian, muncul individu penyayang yang membawa Nabi pulang walaupun Nabi tidak rela. Nabi turut dibawa ke klinik veterinar untuk diperiksa.

Mujurlah ada sahaja insan yang bersimpati dan memberi makanan dan minum kepadanya sepanjang berada di situ.

Syukur apabila hasil pemeriksaan mendapati Nabi berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Semoga Nabi hidup gembira bersama tuan barunya selepas ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI