31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupKerap bertandang ke ladang lebah untuk mencuri madu, pemilik putuskan sekumpulan beruang...

Kerap bertandang ke ladang lebah untuk mencuri madu, pemilik putuskan sekumpulan beruang patut diberi tugas sebagai penguji madu berkualiti

Beruang sangat menyukai madu dan tidak hairan jika mereka berusaha keras untuk mendapatkannya. 

Hakikat bahawa beruang sangat menyukai madu sehingga kegiatan mereka mampu menghuru-harakan ladang lebah dengan kerosakan sarang yang menyebabkan pemelihara lebah boleh mendapat sakit kepala berpanjangan.

Paparan Skrin / DHA

Di kawasan pedalaman, beruang biasa menjadi tetamu tidak diundang yang sering bertandang ke ladang lebah dan kebiasaan selepas mencuri serta selesai memakan madu, mereka meninggalkan jejak kerosakan dan kerugian yang kadangkala bernilai tinggi.

Ramai pemelihara lebah, seperti Ibrahim Sedef dari Turki ini berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan kedatangan beruang ke ladang pemeliharaan lebah madu milik mereka.

Paparan Skrin / DHA

Jurutera pertanian Ibrahim Sedef tinggal di Trabzon, Turki yang bekerja sebagai penternak lebah. Sejak sekian lama, Ibrahim telah berusaha untuk mencegah sekumpulan beruang yang merosakkan sarang lebah di ladangnya ketika mereka dalam usaha untuk mendapatkan madu yang berharga itu.

Untuk melindungi sarang lebah, Ibrahim berusaha mengawal sarang itu dengan meletakkan sangkar logam di sekelilingnya. 

Paparan Skrin / DHA

Ibrahim juga berusaha meninggalkan umpan makanan seperti roti, buah, dan madu dalam usaha untuk mencegah beruang-beruang itu mendapatkan madu terus dari sarang. Malangnya, ia tidak pernah berfungsi dengan berkesan dan masih terdapat banyak sarang yang dirosakkan.

Akhirnya suatu hari, penternak lebah madu ini memutuskan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pergerakan dan tingkah laku beruang. 

Paparan Skrin / DHA

Ibrahim melakukannya dengan memasang kamera dan merakam semua pergerakan beruang itu yang berkeliaran di ladang lebah miliknya.

Semasa sedang berusaha mencari cara berkesan untuk mengalahkan semua beruang yang tamak tidak berkesudahan ini, Ibrahim mendapat idea bernas untuk mengenali lebih lanjut cita rasa madu pilihan mereka.

Paparan Skrin / DHA

Ibrahim memutuskan dengan pertanyaan, apa kata dia mengubah beruang ini menjadi penguji rasa madu kerana jelas mereka mempunyai cita rasa yang baik berkaitan madu berkualiti.

Penternak lebah ini menyediakan meja dengan 4 jenis madu untuk dinikmati oleh si beruang. Dia mendapat hasil keputusan yang tidak mengecewakan.

Paparan Skrin / DHA

Rupanya beruang mempunyai cita rasa dengan pilihan mereka yang cukup mahal.

Ibrahim Sedef berkata beruang tertarik dengan bau madu Anzer kerana mereka telah selalu merasanya terlebih dahulu.

Paparan Skrin / DHA

Kadang-kadang beruang ini tidak menyentuh madu bunga sakura dan lain-lain pun, katanya.

Paparan Skrin / DHA

Madu Turki yang terkenal, Anzer dijual dengan harga melebihi RM1,270 (AS$300) untuk kira-kira sekilogram.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI