26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita Utama779 orang guru tolak divaksin, TMJ akan jumpa Pengarah Pendidikan Johor

779 orang guru tolak divaksin, TMJ akan jumpa Pengarah Pendidikan Johor

Iskandar Puteri: Seramai 779 orang guru di Johor dilaporkan telah menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan terbabit menerimanya.

“Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu untuk diberi penerangan supaya mereka faham kepentingan vaksin apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti.

“Sehingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

“Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.

“Bagi anggota kumpulan pelaksana (AKP) pula, seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 2,816 atau 39.37 peratus sudah lengkap kedua-dua dos.

“Bagi staf sokongan operasi pula, seramai 9,236 atau 71.49 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 7,030 atau 54.42 peratus lagi sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin,” katanya lagi.

Tambahan lagi, JPNJ turut menyokong penuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan program vaksinasi mencapai 100 peratus.

Kerjasama itu akan membabitkan warga sekolah, ibu bapa dan penjaga ketika pembukaan sesi persekolahan nanti.

“Merujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 15 Ogos 2021, sesi pembukaan sekolah secara berperingkat akan bermula pada 3 Oktober.

“Pemakluman awal akan dibuat sekiranya terdapat keperluan perubahan tarikh hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Ekoran isu tersebut, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pendidikan Johor bagi mengambil maklum berhubung 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19.

Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Insha-Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang netizen berkongsi laporan berita berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Semalam, Johor mencatatkan sebanyak 1,558 kes Covid-19.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI