30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024
UtamaInspirasiPasangan ini ‘lari’ dari kesibukan bandar untuk hidup sederhana dikelilingi keindahan alam...

Pasangan ini ‘lari’ dari kesibukan bandar untuk hidup sederhana dikelilingi keindahan alam di Kuala Pilah

Dek kerana bosan hidup di bandar, pasangan suami isteri, Allan dan Irena memutuskan untuk beralih ke kehidupan yang lebih bermakna.

Terdahulu pasangan ini menetap di Petaling Jaya dan akhirnya memilih untuk tinggal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menariknya, rumah idaman mereka itu turut dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi yang tidak terdapat jika di bandar.

La Hilir Tiny House/Facebook

Ujar Allan, dia dan isterinya mereka sendiri reka bentuk rumah itu yang diberi nama sebagai ‘La Hilir Tiny House’ dan kemudiannya mengupah kontraktor untuk membinanya.

Ia mengambil masa selama 6 ke 8 minggu untuk disiapkan sepenuhnya dengan menelan kos lebih kurang RM85,000.

Allan difahamkan berasal dari Manila, Filipina telah tinggal di Malaysia selama 16 tahun dan kini bekerja dalam bidang editorial pasukan kreatif.

La Hilir Tiny House/Facebook

Manakala isterinya, Irena merupakan seorang jurumekap bebas yang sudah pun bekerja dengan banyak klien di dalam dan luar negara, termasuklah beberapa VIP.

Kedua-dua mereka bersyukur kerana diberikan sumber pendapatan yang stabil namun mereka masih berasa ‘sesak’.

“Setiap minggu kami ke pusat beli belah dan menikmati makanan di sana. Kadang kala kami membeli barangan yang tidak kami perlukan dengan harapan ia akan menggembirakan kami”.

La Hilir Tiny House/Facebook

Mereka beranggapan bahawa kerjaya yang dimiliki akan terus memberikan keselamatan dan kepuasan namun akhirnya gaya hidup turut berubah. Makin banyak pula perbelanjaan.

“Ia merupakan satu kitaran yang berterusan. Kami mahukan lebih lagi tanpa kami sedari bahawa kami hanya mengisi kekosongan dalam hidup kami”.

Walaupun menggemari aktiviti perkhemahan dan sering kali keluar, namun pasangan itu masih berasa ada sesuatu yang masih belum sempurna.

La Hilir Tiny House/Facebook

‘Sengsara’ dan memerlukan perubahan yang drastik, mereka memutuskan bahawa sudah tiba masanya buat mereka hidup dengan penuh bermakna.

Mereka akhirnya memilih untuk menetap di dalam kediaman yang hanya berkeluasan 300 kaki persegi!

Jika difikirkan ia agak kecil namun tiada satu saat pun di mana pasangan ini berasa sesak apabila berada di dalamnya.

La Hilir Tiny House/Facebook

“Kami suka reka bentuk rumah kecil tetapi kami tidak melakukan ini kerana trend. Motivasi sebenar kami adalah gaya hidup sederhana dan kembali kepada asas”.

“Kami berlima (termasuk 3 orang anak) dan terdapat 6 ruang berasingan yang boleh digunakan – ruang makan, solat, belajar, menonton televisyen, berehat dan tidur.

Terdapat dua bilik di setiap pintu bagi memberikan privasi dan ruang tidur di loteng untuk anak lelakinya.

La Hilir Tiny House/Facebook

Satu lagi perkara unik mengenai kediaman ini ialah penyesuaian rumah gudang moden, iaitu konsep yang Allan rasakan tidak banyak lagi dilihat di seluruh dunia.

“Walaupun kami tahu ada kemungkinan kekurangan dalam reka bentuk ini, kami tetap melakukannya dan membuat penyesuaian untuk disesuaikan dengan iklim tropika”.

“Bahagian bumbung dan dinding menolak haba dengan cekap. Penebat gentian kaca dan tingkap juga cukup banyak untuk mengedar udara, sekaligus bantu menurunkan suhu terutama pada waktu tengah hari”.

La Hilir Tiny House/Facebook

Walaupun dikelilingi dengan tumbuhan dan kehijauan alam, namun mereka masih mementingkan kemudahan.

“Rumah kami hanya terletak 5 minit perjalanan daripada bandar berdekatan dan juga kedai, restoran serta sekolah. Kami bersyukur dapat menetap di lokasi ini”.

Dan nampaknya keluarga ini tidak perlu mengorbankan kegembiraan untuk berlibur apabila rumah mereka turut dilengkap dengan ‘pawagam’ di luar rumah.

La Hilir Tiny House/Facebook

La Hilir bukan sahaja mengenai rumah kecil yang unik dan cantik serta keindahan alam di sekelilingnya sahaja. Ia turut menawarkan perubahan kehidupan yang lebih baik.

“Ia tentang menghargai setiap yang ada di persekitaran anda. La Hilir menyentuh tentang kehidupan yang penuh dengan potensi”.

Pasangan ini turut membina tapak ‘glamping’ khas untuk sesiapa yang mahu berkhemah dengan lebih selesa dan mewah.

La Hilir Tiny House/Facebook

La Hilir Tiny House/Facebook

“La Hilir merupakan jenama, simbol kepercayaan kami tentang cara mengecapi kebahagiaan adalah dengan menolak keinginan untuk mengumpul harta benda yang tidak perlu”.

“Hanya perlu hidup dengan apa yang benar-benar diperlukan selain terus belajar bagaimana untuk bahagia dan berpuas hati dengan apa yang kita ada”.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI