Kadangkala haiwan boleh berkawan baik antara satu sama lain tanpa ada masalah. Mereka mungkin tidak sama spesies tetapi mereka boleh hidup bersama dengan aman. Namun, adakala pening kepada juga dibuatnya jika mereka tidak sehaluan. Pasti ada sahaja yang digaduhkan mereka…
Misalnya kucing dan seekor rakun yang cuba mengambil makanannya ini. ‘Perbalahan’ mereka bermula apabila seekor rakun dari bawah jambatan itu cuba untuk mencuri makanan si kucing dengan menggunakan tangannya. Memandangkan tangannya kecil sahaja dan muat untuk masuk ke celah-celah jambatan kayu itu jadi dia cuba untuk mendapatkan makanan kucing yang ada di bahagian atas.
Geram dengan perlakuan si rakun itu buatkan kucing itu cuba untuk memukul tangan-tangan yang cuba mengambil makanannya.
“Berani kamu cuba ambil makanan saya!”
Perhatikan tangan ‘misteri’ yang cuba mengambil makanan si kucing…
Masih tidak mahu mengalah… dia tetap mahu mengusik kucing itu…
Rasanya kedua-duanya sedang bergurau. Kucing tersebut mungkin kenal dengan rakun nakal tersebut. Dia bahkan tiada masalah untuk berkawan dengan seekor rakun dan mereka siap boleh berkongsi makanan bersama!
Tonton video di sini.