26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaIndividu yang mendakwa dan terbukti terima vaksin 'kosong' akan disuntik semula

Individu yang mendakwa dan terbukti terima vaksin ‘kosong’ akan disuntik semula

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan, mana-mana individu yang mendakwa dan terbukti diberikan suntikan vaksin ‘picagari kosong’ akan menerima suntikan dos baharu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya akan memanggil semua individu berkenaan untuk menerima suntikan semula.

“Dipanggil suntik semula,” katanya, ringkas ketika ditanya menerusi aplikasi WhatsApp pada 20 Julai.

Sekadar Gambar Hiasan / Twitter

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kejadian suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menjadi tular di laman media sosial kerana didakwa membabitkan picagari kosong.

Antara kes dilaporkan termasuk kejadian di PPV pandu lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, yang mana PPV itu dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka.

Vaksinasi di PPV itu dilaksanakan oleh petugas Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem berkenaan.

@JKJAVMY/Twitter

Terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan picagari kosong iaitu PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), yang menyebabkan orang awam terbabit membuat laporan polis.

Di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pula, dakwaan mengenai suntikan palsu ini dibuat pada Ahad lalu dan laporan polis telah dibuat oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (HCO) berkenaan.

Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dilaporkan memandang serius dakwaan berkenaan, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM bagi menjalankan siasatan terhadap insiden kecuaian yang berlaku.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI