30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobalKejiranan ‘berhantu’ : Google Earth temui perumahan misteri di AS, penduduk langsung...

Kejiranan ‘berhantu’ : Google Earth temui perumahan misteri di AS, penduduk langsung tiada

Di Tik Tok, tular satu video menunjukkan satu kawasan kejiranan misteri ‘Lincoln Way’ yang terletak di Clairton, Pennsylvania di Amerika Syarikat.

Ia berikutan kawasan kejiranan berkenaan kelihatan seperti kawasan tinggal. Ianya sepi dan kosong tanpa kelibat penduduk.

Lincoln Way sebenarnya adalah sebuah kejiranan yang menempatkan sejumlah 50 buah rumah dan  terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pittsburgh City.

Apa yang membuatkan ramai tertanya-tanya dan berasa aneh adalah keadaan rumah dan harta benda boleh dikatakan masih sempurna.

Di luar rumah-rumah di sana masih terdapat kenderaan namun ianya ditinggalkan. Tiada pula sebarang kesan kebakaran ataupun bencana lain berlaku.

Google Earth

Situasi itu kemudiannya menimbulkan pelbagai teori dan spekulasi. Ada segelintir yang mempercayai mitos bahawa terdapat haiwan yang ‘mengganas’ dan membunuh penduduk di sana.

Sementara ada juga yang mendakwa bahawa penduduk di sana telah diarahkan untuk mengosongkan kawasan itu untuk projek pembanggunan dan pembinaan lebuh raya.

Menurut laporan, Clairton merupakan kawasan penempatan buat majoriti komuniti berkulit hitam suatu ketika dahulu.

Difahamkan bahawa berlaku diskriminasi kaum oleh orang berkulit putih terhadap mereka. Pada tahun 1925, 4 orang anggota polis telah mengasari seorang penduduk yang kehilangan ingatan.

Walau bagaimanapun keempat-empat polis terbabit telah dibebaskan selepas didapati tidak bersalah di mahkamah.

Malah terdapat beberapa lagi kes-kes jenayah teruk yang berlaku di kawasan itu di masa lampau, antaranya tragedi letupan bom seberat 35 paun yang dibawa masuk oleh 2 individu menaiki trak.

Mereka kemudiannya disiasat ekoran letupan bom yang memusnahkan lebih 40 buah rumah di kejiranan itu pada waktu berkenaan.

Terdapat juga punca lain yang membawa kepada keadaan Lincoln Way yang sunyi pada masa kini iaitu faktor pencemaran.

Menurut sumber, Lincoln Way pernah terjejas teruk ekoran pencemaran daripada sisa buangan kilang yang menghasilkan minuman Coke.

Syarikat itu, Clairton Works juga telah berdepan dengan denda beberapa kali oleh pihak penguatkuasa. Meraka difahamkan melepaskan kimia – sulfur dioksida yang memberi kesan kepada hidung, mata dan tekak penduduk.

Antara tahun 1970 hinggaa 2009, kanak-kanak yang dibesarkan di sana kemudian dibawa pindah ke tempat lain, sementara golongan dewasa terus menetap di sana hingga ke penghujung usia.

Situasi ini menyebabkan seorang demi seorang penduduk di sana kemudiannya meninggal dunia dan jumlah mereka kian berkurangan.

Penduduk terakhir yang meninggalkan kejiranan itu adalah pada tahun 2012 setelah individu tersebut meninggal dunia.

Kini, Lincoln Way menjadi sebuah kejiranan ‘berhantu’ dan tidak berpenghuni. Jalan dan laluan masuk ke kejiranan itu juga telah ditutup buat selamanya.

Lincoln Way hanya tinggal nama..

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI