Bagi pencinta haiwan, kucing yang comel sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Kehadiran kucing sememangnya dapat menceriakan hari-hari seseorang dan menghilangkan segala tekanan.
Namun sekiranya kucing kesayangan anda mengganggu anda ketika sedang tekun menunaikan solat, apakah tindakan yang akan anda ambil?

Baru-baru ini telah tular sebuah video berdurasi 35 saat di Facebook memaparkan gelagat seekor kucing yang ingin bermain dengan lelaki berkenaan sehingga menyebabkan lelaki tersebut terbatal solatnya.

Dalam video tersebut, and aboleh lihat si oyen ini datang dari arah belakang sebelum menghampiri lelaki berkenaan. Ketika itu, lelaki berkenaan sedang membaca tahiyat awal dan si comel ini terus menerkam jari lelaki itu.

Terkejut dengan perbuatan kucing ini, dia bingkas bangun untuk meneruskan rakaat yang ketiga. Meskipun hanya berdiri tegak dan tidak melakukan sebarang pergerakan yang boleh mencetuskan naluri bermain si kucing, kucing ini nampaknya mahukan sesuatu daripada lelaki berkenaan.
Tanpa semena-mena, anak kucing ini terus menerpa ke arah kaki lelaki berkenaan sekali gus membuatkannya bergerak dan mengundurkan diri. Malah, kucing ini turut mengejar kaki lelaki berkenaan seolah-olah dia diajak untuk bermain.
Oyen… oyen. Tak pasal-pasal kena ulang balik dari awal.
Tonton video di sini.