26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
UtamaGaya HidupKomposer terkenal terpaksa bergantung hidup dengan bantuan NGO dan kerajaan ekoran pandemik

Komposer terkenal terpaksa bergantung hidup dengan bantuan NGO dan kerajaan ekoran pandemik

KUALA LUMPUR- Wabak COVID-19 telah menejejaskan semua industri termasuklah industri seni. Hal ini telah menyebabkan ramai yang terkesan sehingga yang terpaksa hidup melarat.

Baru-baru ini, sebuah media tempatan melaporkan bahawa mereka terjumpa dengan Ross Ariffin, seorang komposer dan penerbit muzik terkenal yang telah berkecimpung dalam industri muzik selama hampir 40 tahun. Ketika itu mereka berada di sebuah dapur sup (soup kitchen) di Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 59 tahun itu memberitahu bahawa dia telah pergi ke Pertiwi Soup Kitchen hampir setiap hari sejak wabak itu melanda negara itu tahun lalu.

Sebagai pemain biola, pemain piano, dan penyanyi yang terlatih secara profesional, Ross kehilangan semua sumber pendapatan kerana dia tidak dapat melakukan atau menghasilkan muzik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan.

Menurutnya lagi, dia telah kehilangan banyak pelanggan yang sering menggunakan khidmatnya untuk menghasilkan iklan.

Sekelip mata sahaja kesemua pekerjaan ‘hilang’ begitu sahaja dan dia akhirnya terpaksa bergantung kepada bantuan badan bukan kerajaan (NGO) dan golongan yang baik hati untuk membantunya meneruskan hari-harinya.

Pemuzik itu mengatakan bahawa dia juga telah kehabisan wang simpanannya termasuk wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan walaupun dia menggunakan wang tersebut dengan jimat sekali.

“Syukurlah, saya masih mempunyai royalti daripada 64 lagu yang ditulis sepanjang karier selama sekitar 35 tahun,” katanya.

Namun, dia hanya dapat mengakses dana tersebut sekali dalam setahun.

Dilahirkan di Melaka, dia dibesarkan oleh ibu bapa angkat, bapanya berbangsa Melayu dan ibunya pula berbangsa Inggeris, di UK ketika dia masih kecil.

Menurut Music for KL, dia selalu cenderung ke arah muzik. Dia memulakan pengajian pianonya pada usia lapan tahun dan mula berjinak-jinak dengan biola pada usia 12 tahun. Dia kemudian memperolehi biasiswa untuk belajar muzik di Redbridge, London.

“Saya kembali ke Malaysia pada tahun 1982 ketika berusia 20 tahun. Saya berkahwin ketika berusia 27 tahun. Saya mendapat peluang besar pada akhir 1980-an hingga 1990-an,” katanya lagi.

Antara lagu terkenal yang dihasilkankannya termasuklah lagu ‘Dia’ yang dinyanyikan oleh Fauziah Latiff, ‘Kau dan Aku’ oleh Ning Baizura, ‘Kurniaan Dalam Samaran’ oleh Datuk Siti Nurhaliza, ‘Semalam Ku Tolak Ke Tepi’ oleh Liza Aziz dan banyak lagi.

Pada masa ini, Ross hanya berharap bahawa keadaan akan menjadi bertambah baik sehingga dia dapat kembali bekerja. Dia juga mengatakan bahawa dia bersedia untuk kembali mengajar kelas piano dan biola tetapi aktiviti tersebut tidak dibenarkan.

“Saya tidak dapat mengajar dalam talian kerana saya tidak mempunyai komputer riba dan capaian Internet,” katanya lagi.

Sementara itu, Ross, yang mengalami gangguan bipolar dan beberapa penyakit lain, mengatakan dia sangat berterima kasih kepada Pertiwi Soup Kitchen dan presidennya, Datuk Munirah Abdul Hamid, kerana telah membantunya dalam melalui masa-masa sukar ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI