27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGaya HidupBerupaya manfaat kerusi roda khas untuk bantu berjalan, anak kucing kelainan upaya...

Berupaya manfaat kerusi roda khas untuk bantu berjalan, anak kucing kelainan upaya berjiwa kental jalani permulaan kehidupan baru luar biasa

Setiap makhluk yang bernyawa berhak kepada kehidupannya, dan takdir kehidupan anak kucing bernama Brutiss dengan tekad menakjubkan untuk terus hidup dan bertahan adalah bersama pemiliknya, Shannan.

Anak kucing kurang upaya dengan masalah pergerakan yang langsung sungguh berbeza seperti mana kucing lain, akhirnya menjalani kehidupan terbaiknya.

Brutiss dilahirkan dengan masalah gangguan neurologi Cerebellar hypoplasia yang melemahkan bahagian otak untuknya mengawal keseimbangan dan koordinasi ketika bergerak. 

Facebook

Anak kucing ini ditemui di sebuah taman setelah ditinggalkan oleh ibunya yang mungkin sedang sakit atau tertekan ketika melahirkannya.

Syukurlah Brutiss ditemui dan diselamatkan tepat pada waktunya.

Facebook

Sementara kebanyakan doktor haiwan yang merawat serta melihat keadaannya berterus terang mengatakan yang kucing ini tidak akan pernah boleh berjalan buat seumur hidupnya.

Sesuatu yang menghampakan apabila tiada semangat pemberi harapan pernah diberikan kepada si bulus malang ini.

Facebook

Namun Brutiss seekor kucing yang berjiwa kental, walaupun menyedari hakikat yang dia tidak akan pernah boleh berjalan normal seperti mana kucing lain.

Facebook

Tuah Brutiss menemui keluarga barunya di South Shore, Massachusetts, Amerika Syarikat dan diberi bantuan kerusi roda khas untuk membantunya berjalan.

Brutiss rupa-rupanya berupaya melakukan apa sahaja!

Facebook

Walaupun perjalanan dan pergerakannya terketar-ketar dengan masalah menyeimbangkan badan, kerusi roda berbingkai telah berjaya memberinya mobiliti.

Brutiss turut dipakaikan dengan sarung khas bagi memberikan cengkaman tambahan kepadanya ketika berjalan menggunakan kerusi roda itu.

Facebook

Ketika Shannan pertama kali mengadopsi Brutiss, bapa Shannan telah mencipta sebuah kerusi roda asas yang diperbuat dengan menggunakan paip PVC dan beberapa roda sekerap.

Dan Brutiss sangat menyukainya …

Facebook

Tetapi apa yang lebih menggembirakan ialah apabila anak kucing ini penuh semangat dan berkemahuan untuk menunjukkan kemajuan diri mencapai kejayaan dan bertahan dalam kehidupan.

Ramai yang berpendapat Brutiss tidak mampu melakukan perkara-perkara tertentu, tetapi itu bukan masalahnya.

Facebook

Kecuali masalah kelainan upaya dan Brutiss bukan kucing yang biasa, dia kini boleh berenang dengan jaket keselamatan yang mungkin kucing normal lain tidak mungkin boleh lakukan kerana mereka takut.

Kerana Shannan berada di sisi Brutiss, apa sahaja boleh dilakukannya di sebalik keadaan kucing ini yang kurang upaya.

Facebook

Kedua-dua pemilik dan kucingnya dengan hubungan erat tidak dapat dipisahkan!

Manusia dengan kucing peliharaan kesayangannya ini mempunyai kisah yang luar biasa, membuat kita merenungkan sejenak kehidupan ketika sedang melalui masa sukar.

Facebook

Jika seekor kucing tidak pernah berputus asa, seorang manusia patut lebih lagi. Jalani kehidupan itu walaupun anda berasa ia sangat sakit dan memeritkan, berikan harapan dan warna yang cerah dalam kehidupan anda setiap hari.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI