Realiti kehidupan pada hari ini amat sukar, di mana masyarakat kita terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak menentu gara-gara pandemik yang masih belum reda.
Seperti seorang penghantar makanan Foodpanda ini, di mana videonya yang sedang belajar secara dalam talian sementara menunggu tugas seterusnya, raih perhatian netizen.
@anak_ronaldo/TikTok
Video itu dikongsikan di laman TikTok oleh akaun @anak_ronaldo menunjukkan individu terbabit sedang melutut sambil tangannya menulis nota di atas bangku.
Di atas bangku itu juga terdapat telefon bimbit, yang digunakannya untuk mengikuti kelas dalam talian berkenaan.
Sementara motosikal miliknya yang digunakan untuk menghantar pesanan pelanggan turut diparkir di belakangnya.
Rata-rata warga TikTok turut memuji tindakan individu terbabit, selain turut mendoakannya :
@anak_ronaldo/TikTok
@anak_ronaldo/TikTok
@anak_ronaldo/TikTok
@anak_ronaldo/TikTok
Ini membuktikan bahawa individu terbabit langsung tidak mensia-siakan masa semasa bekerja dan sempat pula untuk menuntut ilmu.
Tempat dan keadaan pada ketika itu langsung tidak menjadi penghalang buatnya untuk mengikuti kelas dalam talian.
Syabas anak muda! Semoga kesusahan pada hari ini akan menjadi asbab kejayaan di hari mendatang.