26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
UtamaGlobalPersembahan budaya tradisional yang Parti Komunis China tidak mahu dunia saksikan

Persembahan budaya tradisional yang Parti Komunis China tidak mahu dunia saksikan

Tidak banyak yang menakutkan Parti Komunis China (PKC) melainkan populariti budaya tradisional yang semakin meningkat, yang terkandung dalam pergerakan tarian indah dan seni suara dalam Persembahan Shen Yun yang cemerlang.

Ia amat masuk akal. Misi Shen Yun yang berpusat di New York adalah untuk menghidupkan kembali peradaban China berusia 5,000 tahun, budaya kuno yang berpusat kepada keharmonian antara langit, bumi, dan umat manusia – budaya yang dikatakan diturunkan dari Tuhan. Inilah semua yang telah dihancurkan oleh PKC sejak Parti itu mula bertapak.

“Sudah tentu, ini akan disenarai hitam. Ini adalah ancaman terbesar buat Parti Komunis China,” kata Jared Madsen, salah seorang juruacara persembahan Shen Yun.

Shen Yun Performing Arts

“Sekiranya orang percaya terdapat sesuatu di luar pengaruh Parti Komunis China, mereka percaya terdapat sesuatu yang lebih tinggi … itu merupakan ancaman besar buat Parti Komunis China,” katanya.

Oleh yang demikian, PKC telah melakukan apa sahaja, bermula dengan membocorkan tayar bas rombongan jelajah Shen Yun sehingga mengupah segerombolan pembuli internet untuk menyimpangkan persepsi awam dan warganet mengenai syarikat itu di media sosial.

PKC juga mengarahkan konsulat China menulis surat kepada pegawai tempatan dengan berbau ancaman sekiranya mereka membiarkan Shen Yun tampil di kawasan mereka, yang ia akan merosakkan hubungan dengan China, menghubungi teater itu sendiri (atau melalui proksi yang dibayar) yang menuntut supaya persembahan Shen Yun dibatalkan.

Gangguan ini telah berlaku lebih satu dekad dan ia telah didokumentasikan dengan baik, yang sebenarnya sering memakan diri sendiri.

Langkah-langkah mencegah ini mungkin terdengar melampau, kerana Shen Yun bukan seni persembahan bermotif politik. Ia adalah persembahan tarian klasik Cina, tarian etnik dan rakyat dari 50 kumpulan minoriti China, bel canto solo, dan orkestra yang menggabungkan tradisi Timur dan Barat.

Dan penonton melangkah keluar dari teater, dengan rasa terpesona selepas menyaksikan persembahan, juga turut gembira kerana mengetahui kebenaran mengenai budaya China yang asli, sesuatu yang hanya sedikit diketahui oleh Barat kerana Parti telah berusaha menghapusnya.

“Pada dasarnya, Parti Komunis China adalah rejim ateis. Shen Yun menggambarkan budaya Cina yang berusia 5,000 tahun, dan budaya Cina berakar umbi kepada pemikiran Tuhan – semua jenis pemikiran ketuhanan iaitu Taoisme, Buddhisme, dan Konfusianisme – yang bertentangan sama sekali dengan prinsip komunisme ateis,” kata Jared Madsen.

PKC takut kerana Shen Yun menunjukkan wajah sebenar China sebelum komunisme.

Jared Madsen, juruacara untuk Shen Yun Performing Arts (Gambar oleh NTD Television)

Apa itu Budaya Tradisional?

Salah satu kaedah yang telah digunakan PKC untuk mencemarkan nama baik Shen Yun adalah dengan membuat rombongan kumpulan seni persembahannya sendiri, dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

“Mereka mencipta dan mewujudkan semua syarikat ini … yang mereka hantar ke Amerika Syarikat. Sekarang, anda ada pernah mendengar tentang semua ini? Tidak, kerana mereka tidak hebat. Mengapa? Kerana tiada siapa yang mahu melihat propaganda komunis,” kata Madsen.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kaedah Parti telah berkembang, dan mereka sering memperkatakan untuk mempromosikan ‘budaya tradisional’ dan membuat organisasi seni persembahan besar-besaran yang menekankan tarian ‘klasik’ dengan cara yang sebaliknya hanya sekadar layanan di bibir.

“Ketika mereka memperkatakan tentang budaya tradisional Cina, mereka menggunakannya untuk mempromosikan komunisme. Maksud saya di sini, kita melihatnya, seperti ‘ini adalah propaganda’, dan kemudian tiada siapa yang mahu menontonnya,” kata Madsen.

Perlu difahami yang semua organisasi utama di China dikendalikan oleh negara. Huang Peng, pemain biola dan vokalis dengan Shen Yun, menjelaskan bagaimana menjadi artis di China dan di Amerika Syarikat seperti malam dan siang.

Huang Peng pernah mempunyai karier yang berprestij sebagai pemain biola. Beliau mempelajari bermain instrumen muzik di bawah didikan bapanya sejak kecil dan berjaya mengikuti uji bakat menyertai orkestra filharmonik yang terkenal.

Tetapi pada tahun 1999, PKC memulakan kempen penganiayaan terhadap Falun Gong, dengan perintah rasmi untuk merosakkan mata pencarian dan reputasi mereka yang tidak akan menyerahkan kepercayaan. Huang Peng adalah salah seorang daripada 100 juta rakyat di China yang mengikuti latihan spiritual ini yang mengajar prinsip Sejati, Baik, Sabar.

Huang Peng juga menjadi salah seorang daripada beberapa juta pengamal Falun Gong yang tidak akan melepaskan kepercayaan, dan terus berusaha memberitahu rakan-rakannya dan orang-orang sekeliling akan kebenaran Falun Gong: bahawa ajaran ini baik, mengajar orang untuk bersikap baik, dan PKC mengedarkan maklumat palsu dan fitnah mengenai amalan tersebut secara terang-terangan.

Huang Peng memberitahu rakan-rakan pemuziknya mengenai Falun Gong pada suatu hari, yang mana selepas itu seorang penyelia melaporkannya kepada polis. Mereka telah menggeledah rumahnya dan menahannya selama 24 jam di mana mereka membuatnya terus berjaga. 

Sementara itu, mereka juga menangkap ibunya secara tidak sah tanpa alasan selain untuk memaksanya menulis dan menandatangani keterangan yang tidak hanya menyatakan bahawa dirinya akan melepaskan kepercayaan, bahkan turut mengaibkannya.

Huang Peng telah menolak, maka beliau telah dipecat.

Cadangan pertamanya adalah mencari pekerjaan di bandar lain, dengan permulaan yang baru, tetapi ketika di lapangan terbang, Huang Peng mengetahui bahawa beliau telah disenarai hitam dan sekali lagi ditahan. Kecuali kali ini, Huang Peng dimasukkan ke dalam ‘kelas transformasi’, singkatan untuk tujuan mencuci otak, dan di sini beliau tidak melihat dunia luar selama dua bulan berikutnya.

Banyak yang telah didokumentasikan mengenai penyeksaan kejam PKC dan pengambilan organ secara paksa daripada rakyat dalam kumpulan kepercayaan dan agama, seperti pengamal Falun Gong. Tetapi penyeksaan ke atas Huang adalah secara mental, yang mana beliau diawasi selama 24 jam, memaksanya menonton filem pencucian otak, dan diancam serta ditekan dengan pelbagai cara. 

Di bawah tekanan yang kuat, Huang Peng terpaksa menandatangani keterangan. “Setelah pulang ke rumah, rasanya seperti terdapat pisau di benak hati saya,” katanya.

Huang Peng terpaksa melakukan apa yang paling beliau tidak mahu dilakukan, dan penganiayaan mental telah merampas integritinya.

Huang Peng menghabiskan beberapa tahun berikutnya dalam buruan pihak berkuasa. Tidak membiarkan penyesalan membebankannya, beliau mempelajari sendiri bagaimana membuat dan menghasilkan brosur yang mempunyai maklumat tentang kebenaran Falun Gong, dan mengajarnya kepada orang lain bagaimana untuk melakukan hal yang sama, sehingga dirinya berisiko ditangkap secara tidak sah. Huang melupakan seketika bakat seninya, dan itu menghancurkan hatinya dan impian bapanya, tetapi teguh merasakan kepercayaannya lebih penting.

Kemudian pada tahun 2008 Huang mendengar tentang Shen Yun, dan pada tahun 2014 beliau berpeluang meninggalkan negara itu dan berjaya menjalani uji bakat untuk menjadi sebahagian daripada warga syarikat seni persembahan yang beliau impikan dan dicari-cari selama ini.

“Di tanah besar China, negara yang tidak akan membiarkan rakyatnya mengamalkan Falun Gong untuk membuat persembahan di atas pentas dan panggung. Tetapi di sini, kita memiliki kebebasan mengamalkan kepercayaan masing-masing. Saya rasa ini sangat penting, sebagai seorang artis,” katanya.

Huang Peng, pemain biola untuk Shen Yun Performing Arts (Gambar oleh NTD Television)

Tetapi mengapa Shen Yun?

“Misi Shen Yun adalah untuk menghidupkan kembali budaya tradisional di China berusia 5,000 tahun. Ini adalah budaya inspirasi dan pesanan Tuhan. Dan itu adalah pesanan membawa kebaikan, di mana dapat menggerakkan hati orang,” jelasnya.

Kebenaran itu akhirnya akan menang

Shen Yun diasas dan dibentuk oleh sekumpulan artis – ada yang terpaksa meninggalkan China, ada yang datang melalui bahagian lain di dunia – yang berkumpul di New York untuk melakukan apa yang mereka tidak dapat lakukan di negara asal.

Dan di sebalik pengaruh PKC yang berlarutan, walaupun menggunakan seluruh kelengkapan dan keupayaan negara untuk menjatuhkan syarikat ini, Shen Yun tetap menjadi fenomena di seluruh dunia.

“Saya ingat pada satu malam, pada tahun 2009 tidak salah, ketika kami mempunyai tiga syarikat, dan saya mendapat panggilan telefon. Kesemua tiga jadual persembahan telah habis terjual. Itulah titik pentingnya. Bermula saat itu, kami biasanya habis menjual setiap persembahan,” kata Madsen.

Hari ini, Shen Yun mempunyai tujuh syarikat yang secara serentak mengadakan jelajah persembahan ke seluruh dunia, memberikan ratusan persembahan di lebih 100 bandar di seluruh dunia. 

Ini adalah satu-satunya kumpulan seni persembahan seumpamanya, yang didedikasikan bukan hanya untuk melestarikan budaya masyarakat Cina tetapi juga untuk menghidupkan kembali budaya tradisional Cina. Para penonton sering menyatakan minat yang mendalam, terpesona bersama ulasan membina yang hangat, dan ingin terus melihat apa yang “syarikat tarian klasik Cina terbaik dunia” ini persembahkan.

Penonton meninggalkan dewan dengan penuh harapan dan mengharapkan lebih banyak lagi, kerana Shen Yun adalah yang paling unik di kalangan syarikat seni persembahan, membuat koreografi melebihi 12 tarian baru pada setiap musim dengan produksi berskala penuh yang turut menjadi saingan bersama karya-karya terkemuka rumah opera.

“Nilai produksi sangat tinggi. Itu sahaja, dan ini adalah persembahan yang benar-benar dapat anda tanamkan dalam hati,” kata Madsen.

Walau bagaimanapun, selain kostum yang unik, orkestra mengagumkan, dan latar belakang digital yang indah dan bergemerlapan, Madsen berpendapat terdapat sesuatu yang lebih mendalam yang akan ditinggalkan kepada penonton.

“Terdapat usaha berterusan manusia untuk sesuatu yang lebih hebat, sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang lebih baik – bukan hanya itu, sesuatu yang lebih dalam, sesuatu yang lebih tinggi. Semua itu. Semuanya bersatu. Dan persembahan kami benar-benar membawanya keluar dan menghidupkannya ke alam nyata,” kata Madsen.

“Ini benar-benar melangkahi dan bukan sekadar persembahan budaya. Ini adalah prinsip dan nilai kehidupan yang mendalam,” akhir kata Jared Madsen.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI