25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024
UtamaBerita Utama99 Speedmart lancar kempen Kibarkan Bendera Putih, minta netizen salur maklumat rumah...

99 Speedmart lancar kempen Kibarkan Bendera Putih, minta netizen salur maklumat rumah yang memerlukan

Pandemik COVID-19 di Malaysia belum lagi menunjukkan tanda-tanda akan reda dan sepanjang ini, ia sudah banyak menjejaskan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat.

Ramai yang kehilangan pekerjaan manakala pengusaha perniagaan pula terpaksa gulung tikar membuatkan mereka mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Minggu lalu, kempen bendera putih mula dilancarkan rakyat Malaysia bagi membantu mereka yang terjejas.

Twitter

Mereka yang memerlukan hanya perlu menaikkan bendera putih di hadapan rumah untuk memberitahu masyarakat sekeliling bahawa mereka memerlukan bantuan sumber makanan.

Baru-baru ini, pihak 99 Speedmart turut melancarkan kempen yang sama – Kempen Kibatkan Bendera Putih khas untuk mereka yang memerlukan.

99 Speedmart menerusi akaun Facebook, menyeru orang ramai yang terlihat bendera putih dikibarkan di kawasan kejiranan mereka untuk menyalurkan maklumat.

“Sila salurkan maklumat seperti berikut melalui Whatsapp 010-5000099 atau Facebook 99 Speedmart (private message (PM) sahaja)”.

99 Speedmart/Facebook

Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti :

  • Alamat
  • Gambar rumah (yang terdapat bendera putih)

Difahamkan bahawa kempen yang dilaksanakan ini bermula 1 Julai sehingga 14 Julai kelak, di mana sejumlah 1,000 pek bantuan akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut 99 Speedmart, jangka masa penghantaran pek tersebut juga lebih kurang dalam 24 jam – merangkumi kediaman yang berhampiran dengan cawangan 99 Speedmart sahaja.

Di saat ini, keprihatinan pelbagai pihak yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu ternyata memberikan semangat kepada golongan ini.

Semoga tempoh yang sukar ini dapat kita semua lalui bersama. Dalam masa yang sama, peka dengan keadaan jiran sekeliling kita ya?

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI