Setiap kanak-kanak mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza-beza dan sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan sokongan penuh pada mereka.
Sudah tentu ia memberikan keterujaan pada mereka jika diberi peluang untuk melakukan apa yang mereka minat, seperti kanak-kanak bernama Capri ini.
Terdahulu, sebuah klip rakaman yang dikongsi di sebuah laman sosial tular menunjukkan kehebatan Capri menari semasa persembahan di sekolah tadikanya.
“Tidak sampai 12 jam selepas dimuat naik, ia mendapat jutaan tontonan dan dalam masa 24 jam, ia telah ditonton oleh 2.5 juta pengguna”, kongsi nenek kepada Capri, Tisha Davis.
Menurut ibu Capri, anaknya itu kerap juga menyertai pertandingan tarian. ”Namun sebagai ibu, saya terkejut juga lihat aksi anak saya”.
Lihatlah betapa ligatnya Capri menari :
“Bukan sahaja saya terkejut, malah pengguna media sosial di seluruh dunia turut berasa hal yang sama”.
Sungguhpun mempunyai minat terhadap tarian, Capri mendedahkan bahawa dia sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak.
Capri berkata bahawa dengan menjadi seorang doktor, ia membolehkannya membantu merawat orang ramai.
Comel betul Capri, bukan? Semoga impiannya dapat dicapai satu hari nanti..