Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengajar kita erti tentang sebuah pengorbanan, keperitan hidup, perubahan gaya hidup dan sebagainya.
Ada kaum lelaki yang mula belajar untuk membantu meringankan beban isteri menguruskan rumah tangga dan anak-anak tatkala isteri sedang bekerja untuk membantu suami, ikat perut sementara menunggu gaji masuk dan lain-lain lagi.
Ramai rakyat yang terpaksa diberhentikan kerja membuatkan mereka memilih sektor perniagaan sebagai sumber rezeki utama. Meskipun berniaga bukan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki ramai, namun inilah salah satu cara untuk meneruskan hidup tatkala waktu pandemik ini.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video memaparkan aksi Ultraman di pinggir pantai utara Karawang, Jawa Barat, Indonesia sedang teruja dengan hasil tangkapannya di laut.
Ultraman ini dilihat bergerak dengan gembira ke kiri dan ke kanan sambil memegang plastik merah dan udang galah diiringi dengan muzik yang rancak.
Aksi Ultraman ini membuatkan warganet terhibur sehingga ada yang beranggapan pandemik telah membuatkan Ultraman terpaksa menukar kerjayanya dengan menjadi nelayan.
“Sekarang ini nak cari kerja susah, raksasa pun kena PKP juga. Bagus Ultraman itu jadi nelayan dari tiada kerja nanti nak makan apa”.
“Rosak zaman kanak-kanak aku. Macam mana nak cerita pada generasi akan datang kalau mereka lihat video ini”.
“Ultraman dah mula kemurungan, PKP lama sangat”.
Lucu betul melihat gaya Ultraman ini :