Susulan bantuan Jepun yang menghantar 1.24 juta dos vaksin AstraZeneca ke Taiwan, tiga senator Amerika Syarikat turut mengiringi bantuan penghantaran vaksin dengan pesawat pengangkutan strategik tentera C-17 ke Taiwan selepas Amerika Syarikat mengumumkan sumbangan 750,000 vaksin COVID-19 ke negara itu.
Pihak berkuasa China menunjukkan reaksi kurang senang mereka berikutan bantuan Amerika Syarikat kepada Taiwan.
Pada 6 Jun, Senator Tammy Duckworth dan Senator Dan Sullivan dari Jawatankuasa Senat Perkhidmatan Bersenjata, serta Senator Christopher Coons dari Jawatankuasa Senat Hubungan Luar Negara mengiringi pesawat khas tentera C-17 Globemaster III dari Amerika Syarikat yang tiba di Lapangan Terbang Songshan di Taiwan.
Menteri Luar Taiwan, Wu Zhaoxie dan Pengarah Pejabat Persatuan Amerika Taipei di Taiwan (AIT) Brent Christensen menyambut ketibaan ketiga-tiga senator berkenaan di lapangan terbang.
Senator Tammy Duckworth menyampaikan ucapannya di lapangan terbang, dengan mengumumkan sumbangan Amerika Syarikat yang menghantar 750,000 vaksin COVID-19 kepada Taiwan sebagai sebahagian daripada rancangan perkongsian vaksin global Amerika Syarikat.
Menurut laporan Central News Agency, Presiden Taiwan Tsai Ing-wen menerima kunjungan delegasi tiga senator dari Amerika Syarikat itu di Pangkalan Tentera Udara Taiwan di Songshan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan mereka kerana menyenaraikan Taiwan dalam pengagihan pertama perkongsian global vaksin Amerika Syarikat. Beliau turut berterima kasih kepada Senator Duckworth dan delegasinya dalam menyelaraskan usaha itu ke Taiwan.
Keluarga ibu Senator Duckworth yang berasal dari Chaozhou, Guangdong telah melarikan diri ke Thailand dengan berjalan kaki ekoran penindasan Parti Komunis China. Dalam ucapannya, Senator Duckworth berkata, “Keluarga saya memahami erti dan harga kebebasan, jadi saya di sini untuk memberitahu bahawa Amerika Syarikat tidak akan meninggalkan anda sendirian dan berjuang sendirian.”
Pada 3 Jun, pentadbiran Amerika Syarikat mengumumkan daripada bantuan 80 juta dos vaksin yang dikeluarkan, 25 juta dos akan diagihkan ke luar negara menjelang akhir Jun. Kumpulan pertama melibatkan penghantaran 7 juta dos yang akan dihantar ke Asia, termasuk di Taiwan.
Disebabkan ketegangan di Selat Taiwan, pesawat pengangkutan strategik dan taktikal C-17 Amerika Syarikat jarang mendarat di Taiwan, yang menyebabkan kebimbangan masyarakat antarabangsa. Pendaratan pesawat tentera C-17 ini adalah merupakan pertama kali di lapangan terbang Taiwan sejak ia mula berkhidmat di Amerika Syarikat pada tahun 1995.
Ekoran bantuan berkenaan, Kementerian Luar Parti Komunis China tidak segera menyatakan pendirian mengenai lawatan tiga senator Amerika Syarikat ke Taiwan. The Global Times milik China menerbitkan sebuah artikel dengan menyatakan bahawa lawatan tiga senator Amerika Syarikat ke Taiwan dengan pesawat pengangkutan tentara C-17 telah “dirancang dengan sengaja.”
Artikel itu memetik sumber media asing yang mengatakan ‘pendaratan pertama’ C-17 di Taiwan adalah ‘signifikan’. Media Barat juga menganggap pendaratan C-17 membawa ahli kongres dan senator Amerika Syarikat di Taiwan adalah “sangat tidak biasa.”
Pada akhir artikel, Global Times mengingatkan netizen di tanah besar dengan memetik, “Negara ini sedang melihat gambaran besar dan jika kita memiliki keyakinan terhadap kekuatan sendiri, maka kita tidak perlu bimbang bahawa kita akan mengalami kerugian dari segi strategi”.
Reuters memetik kenyataan Kementerian Pertahanan China, “Para senator Amerika Syarikat mengunjungi Taiwan dengan pesawat tentera, menggunakan isu Taiwan untuk terlibat dalam ‘pertunjukan politik’, mencabar prinsip satu-China dan berusaha mencapai apa yang disebut sebagai tujuan ‘menggunakan Taiwan untuk menguasai China’.”
“Ini adalah provokasi politik yang sangat keji,” China (PKC) dengan pendiriannya.
Lin Yingyou, penolong profesor di Institut Hal Ehwal Strategik dan Antarabangsa Universiti Chung Cheng, menganalisis bahawa China (PKC) mungkin mengatakan bahawa Amerika Syarikat sedang memainkan ‘bola sisi’. Pada masa lalu, China (PKC) ada menyebutkan jika kapal Amerika Syarikat berlabuh di Taiwan, mereka mesti mengambil tindakan yang relevan, tetapi kemudiannya, kapal sains marin dari Amerika Syarikat yang berlabuh di Taiwan walaupun kapal terbang tentera yang membawa orang awam dan misi bantuan yang bukannya peralatan ketenteraan. Maka tindakan dan reaksi ini menimbulkan kebimbangan di kalangan negara-negara di Indo-Pasifik.
Sebagai contoh kapal terbang tentera Amerika Syarikat yang mendarat di Taiwan, ketika menghantar bantuan gempa bumi 21 September 1999 di mana pesawat pengangkut tentera C-5 membawa peralatan dan kenderaan bantuan bencana untuk membantu Taiwan. Pada tahun 2009 ketika banjir besar 8 Ogos, pesawat tentera Amerika Syarikat C-130 mendarat di Lapangan Terbang Tainan, sementara helikopter tentera Amerika Syarikat CH-53 juga ada mendarat di Lapangan Terbang Tainan untuk turut serta dalam bantuan kemanusiaan menghadapi bencana.
Pada bulan Oktober 2011, pesawat tentera Amerika Syarikat KC-135 mendarat di Lapangan Terbang Songshan bagi tujuan membawa pegawai AIT untuk mendapatkan rawatan perubatan dan pada bulan April 2015, ketika dua pesawat F-18 Amerika Syarikat memohon melakukan pendaratan cemas di Taiwan kerana masalah mekanikal.
Sebelum Amerika Syarikat menghantar bantuan vaksin ke Taiwan, Jepun telah menyumbangkan bantuan 1.24 juta dos vaksin AstraZeneca COVID-19 secara percuma ke Taiwan.
Pada 26 Mei, Presiden Tsai Ing-wen tanpa berselindung mengutuk buat pertama kalinya apabila PKC telah bertindak dengan menghalang usaha pemerolehan vaksin Taiwan dari syarikat BioNTech SE keluaran Jerman. Beijing telah menafikannya.
Dalam beberapa bulan terakhir, PKC telah meningkatkan tekanannya ke atas Taiwan, termasuk sering menghantar pesawat ketenteraan di zon pertahanan udara Taiwan, yang menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat. Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dalam kenyataannya pada bulan April berkata Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan dengan tindakan agresif PKC terhadap Taiwan. Beliau juga mengingatkan sesiapa yang berusaha mengubah status quo di Barat Pasifik secara paksa sesungguhnya telah melakukan satu ‘kesalahan serius’.