Teknologi dicipta untuk memudahkan urusan harian manusia. Misalnya, pembelian secara dalam talian dapat dilakukan dan tentunya ia sangat memudahkan buat kita semua.
Sebut sahaja apa yang kita mahu, kebanyakannya boleh kita dapati secara dalam talian sahaja, termasuklah makanan.
Namun bukan semua individu menggunakan teknologi sebegini dengan jujur. Selagi ada peluang untuk menipu, mereka akan lakukan.
Gambar Hiasan/Facebook
Itulah yang menimpa seorang pemilik kedai makan ini, di mana pelanggannya difahamkan telah memesan makanan menerusi satu plaftorm atas talian.
Pemilik tersebut menzahirkan rasa kecewanya apabila pelanggan terbabit kerap melaporkan kedainya di dalam platform tersebut.
Pelanggan terbabit mendakwa bahawa pihak restoran tidak menghantar makanan yang dipesannya dalam jumlah yang mencukupi.
“Kamu boleh hubungi saya dan beritahu bahawa kamu tidak mempunyai duit untuk membeli makanan, saya boleh belanja. Tapi janganlah tipu macam ini”, tulis pemilik restoran terbabit.
美慧/Facebook
“Kamu lapor saya tak cukup hantar pesanan”.
“Tidakkah pelik jika makanan yang dihantar tidak cukup dalam tempoh 2 bulan?”, soal pemilik itu memandangkan pelanggan tersebut pernah beberapa kali memesan makanan daripada kedainya.
Tambah pemilik itu lagi, dia turut bertindak memarahi pekerja restorannya kerana mempercayai laporan palsu daripada pelanggan terbabit pada mulanya.
Perkongsian itu menerima banyak reaksi pengguna Facebook yang lain.
Pengguna ini menyarankan agar pemilik restoran itu untuk membatalkan sahaja pesanan daripada pelanggan itu.
美慧/Facebook
美慧/Facebook
Ada juga pemilik kedai lain yang turut berhadapan masalah sama. Menurutnya, pelanggan yang membuat aduan palsu sebegini akhirnya boleh mendapatkan semula wang mereka.
美慧/Facebook
Ini bermakna individu itu tidak perlu mengeluarkan langsung wang untuk membeli makanan atau dalam erti kata lain, makan percuma saja.