25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024
UtamaGlobalJack Ma nyatakan kebenaran apabila berkata 'usahawan China sungguh tidak akan berakhir...

Jack Ma nyatakan kebenaran apabila berkata ‘usahawan China sungguh tidak akan berakhir dengan baik’

“Usahawan China sungguh tidak akan berakhir dengan baik.” Kenyataan Jack Ma yang dibuat 10 tahun yang lalu oleh pengasas Alibaba Group itu baru-baru ini menjadi tular di internet. Nampaknya kata-kata Jack Ma yang selamba tetapi tidak menyenangkan telah berlaku, dan keadaannya kini adalah bayangan sebenar daripada apa yang beliau katakan pada masa itu.

Pada 12 April, Initium Media yang berpusat di Hong Kong melaporkan bahawa Jack Ma berkata dalam ucapannya sebelum ini kepada sekumpulan usahawan swasta, “Tidak ada pengusaha China yang meninggal dunia secara semula jadi.”

Namun, pada awal Januari 2013, Jack Ma telah menafikan yang beliau berkata demikian. Dalam temu bual dengan majalah ESQUIRE, beliau menjelaskan bahawa apa yang sebenarnya dikatakannya adalah “pengusaha China tidak akan berakhir dengan baik.”

Pengerusi Alibaba, Jack Ma ketika di upacara pembukaan World Internet Conference di Wuzhen, Zhejiang di China pada 19 November, 2014 ( Gambar oleh Fabrice Coffrini /AFP/ Getty Images)

Pada waktu itu, wartawan bertanya kepada Ma, “Anda telah membuat banyak kenyataan pada tahun 2011 yang nampak sangat pesimis. Orang selalu melihat anda sebagai seorang yang sangat optimis dan memberi inspirasi kepada orang lain. Kenapa pula begitu? Anda mengatakan bahawa ini adalah masa yang buruk, dan anda berkata hampir tidak ada pengusaha China yang meninggal dunia secara semula jadi. Adakah anda sudah berubah menjadi pesimis?”

“Tidak. Saya tidak mengatakan perkataan itu,” jawab Ma sambil menambah, “Seseorang harus bercakap tentang orang-orang yang berpangkat tinggi dengan perasaan kagum. Saya sendiri berpendapat bahawa usahawan China memang tidak akan berakhir dengan baik. Itu adalah benar sekarang, dan ia berlaku sepanjang sejarah (dalam rejim komunis). Sejarah tidak akan berubah untuk hari ini. Selalunya akan ada yang bernasib baik, tetapi ia tidaklah begitu banyak.”

“Saya, Jack Ma, sudah tahu tujuan saya sendiri, jadi saya optimis akan perkara ini. Saya tetap akan meneruskannya kerana, baik atau buruk, akhirannya sudah ada. Anda tahu penamatnya sangat menyedihkan, tetapi anda masih mahu terus melakukannya,” katanya.

Jack Ma mendedahkan beliau nyaris maut akibat cubaan diracun

Pada bulan Ogos 2015, sebuah video pendek berdurasi kira-kira 35 saat menjadi tular di WeChat dan Weibo, yang menampilkan Jack Ma dan pengasas Lenovo Group, Liu Chuanzhi. Liu meminta Ma menyanyi, tetapi Ma menolak. Beliau lantas berkata dirinya telah diracun dan hampir maut.

“(Saya) tidak berminat untuk menyanyi! … (Saya) tidak bersemangat, tidak dalam keadaan baik! Saya hampir mati sehari sebelumnya!” kata Jack Ma dalam perbualan antara mereka berdua, seperti yang ditunjukkan dalam video.

Liu bertanya kepada Ma apa yang telah berlaku.

Ma berbisik ke telinga Liu, “(Saya) telah diracun! Tetapi saya tidak dapat mengatakannya … “

Jack Ma terpaksa bersara kerana tidak patuh kepada PKC

Pada 10 September 2019, Jack Ma meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Alibaba Group. Penganalisis percaya bahawa beliau telah dipaksa untuk mengundurkan diri oleh pihak berkuasa kerana alat pembayaran Alibaba, Alipay mengancam untuk memonopoli bank milik negara China, sehingga membuat Parti Komunis China (PKC) menjadi berang.

Pada 24 Oktober 2020, Jack Ma menyatakan rasa tidak setuju dengan Naib Presiden Wang Qishan. Pada hari itu, ketika Ma menyampaikan ucapan di Shanghai Bund Summit, dan secara retorik sama sekali bertentangan dengan ucapan pembukaan Wang di dalam majlis tersebut.

Wang Qishan (Gambar Weibo.com)

“(Kita mesti) berusaha untuk mencegah dan meredakan risiko kewangan dan (kita) mesti memegang garis dasar tanpa risiko sistemik,” kata Wang.

Tetapi Jack Ma berkata di China tidak ada risiko sistemik kewangan, dan lebih kepada risiko “kekurangan sistem kewangan”.

Komen Ma menimbulkan kemarahan di pihak tertinggi PKC. Selepas itu, Jack Ma menghilangkan diri daripada pandangan umum, dan Alibaba dan Ant Group juga dibersihkan.

Syarikat Jack Ma dikenakan denda yang berat

Jack Ma (Gambar Getty Images)

Pada 3 November 2020, penyenaraian Ant Group berjumlah US$37 bilion telah digantung oleh pihak berkuasa China, hanya dua hari sebelum IPO yang dirancang. Setelah Ant Group dipanggil sebanyak dua kali untuk perbincangan, pihak berkuasa telah meminta syarikat membuat pembaharuan peraturan.

Pada 10 April 2021, Pentadbiran Negara untuk Peraturan Pasaran yang dikawal selia PKC mengumumkan bahawa Alibaba Group telah didenda sebanyak US$2.8 bilion kerana melanggar undang-undang anti-monopoli. Ini adalah denda tertinggi yang pernah dikeluarkan oleh PKC sejak penguatkuasaan undang-undang itu.

Pada 12 April, Ant Group telah dipanggil untuk perbincangan secara bersemuka dengan Bank Pusat, Suruhanjaya Peraturan Perbankan dan Insurans, Suruhanjaya Peraturan Sekuriti, dan Pentadbiran Pertukaran Asing Negara untuk kali ketiga, atas dakwaan anti-monopoli.

Pada 17 April, Reuters memetik pelbagai sumber yang menyatakan bahawa Ant Group sedang mencari pelbagai pilihan untuk Jack Ma melepaskan sahamnya dari syarikat itu dan melepaskan kawalan ke atas kumpulan itu. Pegawai dari bank pusat dan Suruhanjaya Peraturan Perbankan dan Insurans China masing-masing mengadakan perbincangan dengan Jack Ma dan Ant Group antara bulan Januari dan Mac untuk membincangkan akan kemungkinan Jack Ma akan keluar dari Ant Group.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI