25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaInspirasiKucing ini tanpa segan silu curi barang-barang jiran, berinya sebagai ‘hadiah’ di...

Kucing ini tanpa segan silu curi barang-barang jiran, berinya sebagai ‘hadiah’ di depan pintu rumah pemilik

Kisah kucing ‘kleptomania’ ini akan menceriakan hari anda dengan kenakalannya yang selamba mencuri tanpa ada rasa bersalah.

Si kucing comel bernama China merupakan ancaman sebenar di kejiranannya. Bukan kerana dia jahat atau apa-apa, tetapi kerana dia ini mempunyai hobi unik iaitu suka mencuri. 

China akan berjalan di halaman belakang rumah jiran dan mengambil apa sahaja yang dapat dijumpainya. Yang bermaksud apa sahaja. Dari stoking hingga pemetik api atau wayar aluminium. Malah tengkorak kecil pun ada!

Facebook

Tidak ada yang selamat kalau China bertandang ke rumah anda.

Pemilik China, Monica berkata kucing nakalnya ini telah dipeliharanya sejak tahun 2013 dan dia memulakan hobi mencurinya ketika berusia 2 tahun apabila rakan serumah Monica mengadu tidak menjumpai stokingnya yang tiba-tiba hilang. 

Facebook

Rupa-rupanya, China telah mencurinya dan meninggalkannya sebagai hadiah di hadapan pintu pangsapuri Monica.  

China gemar mencuri barang orang lain dan membawanya sebagai hadiah untuk Monica.

Facebook

“Ia bermula ketika dia berusia 2 tahun dengan stoking bersih rakan serumah saya. Kami duduk di sofa pada suatu hari dan kami mendengar bunyi mengiau pelik dan ketika menjenguk di sudut pintu, kami melihatnya menjatuhkan stoking di hadapan pintu saya. Ia menjadi perkara paling lucu yang pernah kami lihat!” kata Monica.

China membawa pulang apa sahaja yang ditinggalkan orang di luar, seperti sarung tangan atau stoking yang dia berkenan.

“Dia mempunyai keperibadian untuk berdikari yang kuat dan ketika menginginkan sesuatu, dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya,” kata Monica.

Facebook

Ketika Monica berpindah ke kejiranan baru, China semakin giat melakukan ‘kegiatan jenayah’ itu. Pencurian sebenar pun bermula. 

Suatu hari Monica pulang dari bekerja dan menjumpai sekotak rokok di pintu masuk rumah. Monica ingat ia milik rakan serumah yang telah tercicir, lalu meletakkannya di sebelah dengan berfikir dia akan mengambilnya.

Facebook

Monica kembali pergi bekerja dan menjumpai pemetik api di hadapan pintu rumah, lalu dia menjadi keliru hingga tertanya-tanya.

Facebook

Beberapa hari kemudian lebih banyak barang mula muncul di hadapan pintu rumah dan ketika itu baru Monica perasan yang China meneruskan hobinya yang pelik itu dan memalukannya sebagai jiran yang baik. 

Facebook

China mencuri barang-barang itu dari halaman rumah jiran dan dia tidak akan berhenti. 

Akhirnya Monica memutuskan untuk mengumpulkan semua barang-barang yang dicuri China dan akan meletakkan kesemuanya kembali ke halaman mereka sebaik sahaja dia selesai bertanya kepada jiran-jiran yang kehilangan barang. 

Facebook

China fikir semua barang-barang itu untuk Monica sebagai tanda kasih sayang tetapi pemiliknya ini terpaksa menunggu sehingga akhir untuk mengembalikan semua barang yang telah dikumpul.

China bawa pulang ‘dart’.

Facebook

China bawa pulang bunga api.

Facebook

Tengkorak mini dan lilin pun ada!

Facebook

Ketika pandemik di mana Monica terpaksa duduk di rumah, China telah dibiarkan keluar seperti yang dia mahukan dan Monica memerhatikannya.

China biasa akan datang dan pergi ke kejiranan itu dengan sesuka hatinya lalu mencuri sepanjang hari. Dia melakukan 3 hingga 4 kali perkara itu dalam sehari, bergantung kepada apa yang jiran-jiran tinggalkan di luar.

Facebook

Ketika ia bermula, China akan terus datang ke pintu dan mengiau memanggil Monica dengan sesuatu di mulutnya.

Monica menyedari China mempunyai rutin kerana pada setiap pagi, dia akan meminta untuk keluar. Monica akan membiarkannya keluar dan dia cepat-cepat berlari ke tempat kegemarannya untuk berguling-guling dan kemudian pergi untuk mencuri. 

China akan kembali dengan sesuatu, meletakkannya di depan pintu lalu duduk mengiau memanggil Monica untuk melihat ‘hadiah’ pemberiannya.

Facebook

Tidak ada yang selamat ketika China berada di sekitar kejiranan.

Monica takut juga kalau-kalau jiran-jirannya akan marah.

Lalu Monica meninggalkan kotak pengembalian di rumah jiran dengan barang-barang mereka yang China curi bersama nota yang menjelaskan apa yang telah berlaku dengan nombor telefonnya serta akaun Instagram dan Tiktok sekiranya mereka ingin melihat sendiri video China membawa pulang barang hasil curi yang Monica rakam. 

Facebook

“Saya takut dengan tindak balas mereka. Nasib baik, jiran-jiran menghubungi saya dan mengatakan mereka juga pencinta kucing dan sangat menyukai video itu. Jadi tidak mempunyai masalah dengan barang mereka yang China curi. Mereka juga gembira apabila mendapat tahu yang ia bukan kerja rakun!” kata Monica. 

Monica telah menyediakan ‘kotak kembalikan’ itu yang tidak dapat dijangkau oleh China dan mereka dapat menemui barang-barang yang hilang itu di belakang rumah.

Facebook

Nasib baik jiran-jiran ini amat memahami, malah ada yang ketawa terbahak-bahak apabila melihat video ‘tangan panjang’ si comel China yang berjaya dirakam oleh Monica.

Facebook

Sabar sahajalah Monica kerana memiliki kucing kleptomania.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI