27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaGaya HidupBurung ini belajar bersiul nada baru lagu bola sepak dari pemiliknya, amat...

Burung ini belajar bersiul nada baru lagu bola sepak dari pemiliknya, amat mengagumkan kerana dia sangat pintar

Saat yang amat mengagumkan serta menyentuh hati apabila seekor burung bernama Bubba menjalin hubungan istimewa dengan pemiliknya ketika dia belajar menyanyikan lagu rasmi pasukan bola sepak kegemaran mereka.

Anthony Jon Costa menemui Bubba yang kehilangan ibu di bawah sebatang pokok di halaman depan rumahnya di Shepparton, Victoria. Pada waktu itu, Anthony baru sahaja kehilangan anjing kesayangan pada bulan Ogos.

Burung pintar ini membantu pemilik barunya mengatasi kesedihan dengan belajar meniru lagu khas.

Facebook

Dalam video yang menghiburkan yang dimuat naik oleh Sharon Cahoon di rangkaian media sosial, Anthony mula bersiul lagu Hawthorn Football Club ketika Bubba memandangnya dengan rasa ingin tahu dan memproses nada itu sambil duduk di lengannya.

“Sekarang kamu pula lakukannya,” Anthony dapat didengar mengarahkannya kepada burung itu.

Facebook

Bubba mula bersiul lagu itu dan tiba-tiba berhenti, tetapi Anthony dengan lembut mendorong rakan barunya itu untuk melakukannya sekali lagi dengan betul.

“Ayuh! Kamu boleh melakukannya..” kata Anthony.

Facebook

Demi menggembirakan pemiliknya, Bubba bersiul kembali dengan lagu itu bersama nada lebih baik serta mengagumkan dan menerima tepukan serta pujian mereka yang duduk di meja makan memerhatikan aksi hebat Bubba dan Anthony.

Facebook

Bubba berjaya membantu Anthony mengatasi kesedihannya dan ia amat mengagumkan.

Ikatan istimewa antara pasangan ini telah menarik perhatian para pencinta haiwan dan video itu mendapat tontonan jutaan warga maya.

Facebook

“Dia kehilangan anjingnya, dan alam menggantinya dengan burung yang sangat lucu,” komen salah seorang mereka.

“Burung cantik dengan bakatnya yang amat mengagumkan,” komen yang lain.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI