Jangan fikir kanak-kanak itu hanya budak kecil jadi dia tidak tahu apa-apa. Secara realitinya, tindakan mereka selalu berada di luar imaginasi kita orang dewasa. Apabila orang di sekeliling memerlukan bantuan, terdapat kanak-kanak kecil yang mengambil berat dengan hati tulus mereka, menjaga hati orang dewasa tanpa berkata apa-apa.
Hati anak-anak yang boleh dijadikan contoh terbaik, maka bertuahlah ibu bapa yang melahirkannya.
Kejadian yang berlaku pada 22 April yang lalu ini sudah pasti menghangatkan hati anda kerana ia berlaku di sebuah tadika di Meizhou, Guangdong.
Selepas selesai aktiviti luar, anak-anak yang comel ini kembali ke dalam kelas bersama guru mereka dan duduk berehat sebentar untuk mengambil angin.
Tetapi guru tadika dalam rakaman video CCTV ini dilihat sedang hamil lebih kurang dalam lingkungan 8 bulan, kelihatan berasa tidak selesa, juga amat jelas dalam keletihan.
Jadi, guru tadika ini bergegas bersandar di dinding sambil berdiri untuk menarik nafas buat seketika bagi meredakan keletihannya.
Tanpa disangka, tiba-tiba seorang budak lelaki dalam kelas itu melihatnya, lalu dia bingkas bangun dan meninggalkan tempat duduknya tanpa sepatah kata.
Kemudian budak lelaki ini menarik kerusi berdekatan dan meletakkannya di hadapan gurunya. Dia memberi isyarat supaya guru itu duduk seperti mana murid yang lain duduk berehat seketika. Jika anak murid yang lain berasa letih, apatah lagi guru ini yang sedang sarat mengandung. Mungkin itulah yang budak lelaki ini fikirkan.
Melihat tingkah laku pelajarnya yang begitu prihatin, guru itu berasa amat tersentuh dengan hatinya yang menghangatkan.
Guru ini mengingati kembali momen itu dengan berkata, ketika anak muridnya itu menarik kerusi dan berjalan ke arahnya, dia benar-benar tersentuh hati, Tambahnya, kemudian dia terus ke tempat duduknya tanpa berkata apa-apa dengan wajahnya yang dingin, tidak memberinya kesempatan untuk memuji tindakan murah hati yang lembut dan manis itu.
Setelah rakaman video itu didedahkan, ia terus menjadi tular. Netizen memuji tingkah laku budak lelaki ini yang baik budi pekerti, kerana ia benar-benar masuk akal.
Komen mereka seperti:
“Seorang anak lelaki yang berhati hangat dan baik”,
“Tindakan yang menunjukkan teladan baik”,
“Benar-benar sangat manis dan comel!”,
“Siapa ibu bapa budak lelaki yang pandai mengambil hati ini?”
Sebelum ini juga, beberapa netizen bertemu dengan seorang anak kecil yang sangat bertimbang rasa ketika mereka sedang menaiki tren. Oleh kerana bapanya sibuk bekerja menghantar bungkusan sepanjang hari, maka dia sangat letih lalu tertidur di dalam tren. Pada masa ini, anak lelakinya yang duduk di sebelah berasa bimbang bunyi yang bising akan membangunkan bapanya yang hanya mahu berehat seketika.
Budak lelaki itu pun memegang sehelai kertas di tangannya sambil memandang penumpang lain dengan mesej, “Perlahan sedikit, biarkan dia tidur lebih lama, terima kasih.” Tingkah laku prihatin anak ini yang menjaga bapanya secara diam-diam telah menyentuh hati penumpang lain dalam tren itu.
Budi pekerti anak-anak kecil yang baik benar-benar menyentuh dan menghangatkan hati, maka ibu bapa mereka pasti akan berasa sangat bangga setelah melihatnya.