27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBerita UtamaSetelah terbukti identitinya dicuri, pemandu lori yang dijatuhkan hukuman 53 tahun penjara...

Setelah terbukti identitinya dicuri, pemandu lori yang dijatuhkan hukuman 53 tahun penjara akhirnya bebas

SELAYANG- Seorang warganegara Malaysia berusia 49 tahun, yang telah disabit dengan kesalahan yang tidak dilakukan akhirnya telah dibebaskan setelah menghabiskan dua tahun di penjara.

Pada 3 Mac 2019, Tey Kok Liong dijatuhkan hukuman penjara selama 53 tahun oleh dua mahkamah berasingan.

Akibat identitinya dicuri dan kad pengenalannya disalah guna, dia yang merupakan seorang pemadu lori telah dituduh dengan membuka 10 syarikat yang menjalankan aktiviti penipuan yang berdaftar atas namanya. Hal tersebut telah membuatkan dia berdepan dengan 494 buah kes yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna oleh mangsa penipuan dari 2013 hingga 2014.

Dalam sidang media di Pejabat Parlimen Selayang pada 6 Mei lalu, Tey hadir bersama Ahli Parlimen Selayang yang juga seorang peguam, William Leong Jee Keen bersama peguam lain yang membantunya.

“Ada orang menggunakan nama dan kad pengenalan Tey untuk mendaftar 10 syarikat (di bawah) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pada sekitar 2013 dan 2014, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian, dan tak ada biometrik.

Leong berkata, kerajaan hanya mula menggunakan laman web ezBiz yang dilengkapi dengan sistem biometrik untuk mengelakkan kecurian identiti pada tahun 2015.

Berdasarkan kenyataan kepada pihak media, pada Oktober 2016 lalu, Tey telah didatangi oleh pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan diserahkan 57 award oleh Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah di bawah peraturan 21 (5) Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999.

Tey kemudian membuat laporan polis bahawa dia tidak pernah mendaftar mana-mana perniagaan pun, serta nama dan kad pengenalannya telah disalah guna. Dia juga telah membatalkan semua perniagaan bawah namanya di SSM.

Namun, pada Jan 2018, Tey berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 117 Akta Pelindungan Pengguna 1999 atas sebab gagal mematuhi award-award yang dibuat oleh tribunal dalam masa 14 hari.

Dia berdepan dengan pertuduhan 16 buah kes di Mahkamah Majistret Kota Bharu, dan pertuduhan 55 buah kes di Mahkamah Majistret Seremban.

Walaupun Tey membuat laporan polis untuk menyatakan bahawa dia tidak pernah mendaftarkan perniagaan dan namanya telah disalahgunakan, dia kemudian didakwa pada tahun 2018 dan akhirnya disabitkan kesalahan pada bulan Mac 2019.

Tey yang tidak mampu mendapatkan perkhidatan guaman ketika kesnya dibicarakan di Kota Bharu dan Seremban, akhirnya dimasukkan ke penjara di Pengkalan Chepa sejak 3 Mac 2019.

Beberapa bulan kemudian, pada akhir 2019, keluarganya meminta bantuan Leong, dan Leong bersama Chiew Choon Man dan Lee Zhe Hui, bersetuju menawarkan perkhidmatan guaman secara percuma kepada Tey.

“Bila dihukum, terus masuk ke penjara. Keluarga pun tak tahu apa yang terjadi, sehingga ada orang daripada satu persatuan yang berhati baik, memberitahu kepada abang (Tey), bahawa Tey sudah dalam penjara.

“Kalau tidak, abang dan keluarga pun tidak tahu. Mereka datang jumpa saya. Kemudian, barulah kita pergi ke Kota Bharu, jumpa Tey dalam penjara, dan membuat proses mahkamah dengan membuat rayuan,” kata Leong.

Bercakap pada sidang media berkenaan, Tey memberitahu bahawa dia hanya mengetahui namanya telah digunakan oleh salah seorang “rakan kerjanya” untuk mendaftarkan perniagaan yang menjalankan penipuan apabila dikunjungi pegawai KPDNKK pada 2016.

“Saya tak mampu upah peguam. Disebabkan saya tak dapat sediakan bukti kuat, mahkamah hukum penjara 53 tahun. Di penjara, saya minta (bantuan) seorang kawan saya mencari abang saya.

“Menerusi abang saya, saya (dapat) berhubung dengan Leong untuk minta bantuan. Pasukan peguam bantu saya sepenuh hati, dan akhirnya dapat mencari bukti kuat untuk membuktikan yang saya tidak ada kena-mengena dengan kes ini,” katanya dalam bahasa Cina.

Barisan peguam itu membantu rayuan bagi kes di Seremban dan di Kota Bharu sehingga pertuduhan yang telah disabitkan ke atasnya ditarik balik. Mereka turut meminta polis dan SSM menyiasat aduan Tey bahawa identitinya telah disalahgunakan.

“Selama ini, Tey hanyalah pekerja biasa yang bekerja dengan juruteknik pendingin hawa dan memandu lori di Kuala Lumpur. Tey juga tidak begitu pandai membaca,” kata Leong dalam satu kenyataan, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

“Oleh itu, Tey tidak mempunyai keupayaan untuk membuka 10 perniagaan dan merancangkan skim-skim penipuan terhadap ratusan orang. Tey juga tidak menjalankan dan/atau mampu mengupah orang lain menjalankan kegiatan skim penipuan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu juga, identiti Tey digunakan untuk membuka syarikat yang menjalankan sindiket penipuan dengan modus operandi gores dan menang.

Pada Julai 2020, menerusi surat kepada peguam, SSM memaklumkan hasil siasatan yang menunjukkan Tey tidak terlibat dalam pendaftaran perniagaan tersebut, sebaliknya namanya telah disalahgunakan membuat pendaftaran berkenaan.

Pada November 2020 pula, SSM memaklumkan bahawa tindakan telah diambil ke atas pesalah-pesalah yang menyalahgunakan identiti Tey.

“Setelah mendapat bukti-bukti baru ini sebagai sokongan kepada pembelaan Tey, pada 3 Mei 2021, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan bahawa rayuan Tey terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara selama 53 tahun, 4 bulan dan 16 hari diterima,”

Tey didapati tidak bersalah dan seterusnya dilepaskan serta-merta.

Dalam masa yang sama Leong turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan sebarang urusan yang melibatkan salinan kad pengenalan dan sentiasa menandakan palang pada salinan kad tersebut untuk apa-apa urusan sekalipun.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI