30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasiRenung seperti ‘jatuh cinta’. Gaya singa jantan lihat anaknya buat pertama kali...

Renung seperti ‘jatuh cinta’. Gaya singa jantan lihat anaknya buat pertama kali buat netizen ‘cair’..

Singa jantan kebiasaannya tidak begitu ‘mesra’ dengan anaknya yang baru sahaja lahir. Namun lain pula yang dibuktikan menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook ini.

Difahamkan bahawa seekor anak singa dengan berat 5.4 kilogram telah dilahirkan di Zoo Denver.

Denver Zoo/Facebook

Sejak dilahirkan, anak singa terbabit hanya menghabiskan masa dengan ibunya, Neliah sahaja.

Denver Zoo/Facebook

Kemudian tibalah masa untuk anak singa itu turut diperkenalkan kepada bapanya yang berusia 2 tahun, Tobias.

Agak mengejutkan kerana reaksi singa dewasa itu sangat jelas menzahirkan rasa sayangnya.

Menurut Jake Kubié selaku Pengarah Komunikasi Zoo Denver, anak singa itu sangat lincah dan aktif, selain mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

Mungkin juga dia mahu mengenali bapanya. Nasib anak singa yang masih tidak bernama itu sangat baik kerana Tobias kelihatan seperti ‘jatuh cinta’ saat melihat anak sendiri.

Comel je tenung anak!

Denver Zoo/Facebook

Siapa yang tak sayangkan anak oi?

Denver Zoo/Facebook

Si kenit ini memang tidak boleh duduk diam..

Denver Zoo/Facebook

Denver Zoo/Facebook

Difahamkan bahawa bilangan spesies singa Afrika seperti mereka ini semakin berkurangan secara drastik kebelakangan ini susulan ancaman daripada aktiviti pemburuan.

Justeru kelahiran anak Neliah dan Tobias ini memberi harapan bermakna buat organisasi yang bertungkus lumus melakukan usaha pemeliharaan spesies ini.

Tonton reaksi comel itu menerusi video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI