Seorang wanita Australia, Jennifer Taylor baru-baru ini berkongsi satu foto mahluk aneh yang juga ikan paling beracun iaitu ‘stone fish’.
Ia ditemukan oleh rakan-rakan kayaknya semasa melakukan aktiviti itu di sekitar perairan Queensland Utara.
‘Stone fish’ atau nama saintifiknya synanceia verrucosa adalah antara sejenis ikan yang paling berbahaya dan beracun di dunia.
“Rakan saya berkayak dan mahu memeriksa perangkap ketam. Pada ketika itu, mereka lihat ikan itu berenang. Rakan saya kemudian meraupnya menggunakan pendayung”.
Pada mulanya, rakan Jennifer beranggapan bahawa ia cumalah gumpalan lumpur namun sebenarnya adalah seekor ikan!
Memang kelihatan aneh, cuba anda lihat :
Jennifer Taylor/Facebook
“Apabila rakannya melihat dengan teliti, dia sedar bahawa ia adalah sejenis haiwan aneh kerana jelas kelihatan mata dan mulut”.
Oleh kerana ingin tahu, Jennifer kemudian berkongsi foto haiwan tersebut di laman Facebook Australian Native Animal dan mula mendapat respon daripada pengguna lain.
“Rakan saya terpijak ‘stone fish’ ini secara tak sengaja 20 tahun lalu dan dia terpaksa menerima rawatan di wad hospital selama 3 bulan”, tulis seorang pengguna.
“Ikan ini sangat mahir menyamar. Ia sangat beracun dan berbahaya. Mudah untuk tersentuh dengan ikan ini jika berada di dalam air”, kongsi seorang lagi pengguna.
Foto hiasan/Getty Images
Mujurlah rakan-rakan Jennifer bertindak bijak dengan tidak menyentuhnya. Jika tidak, pengakhiran aktiviti kayak mereka mungkin sadis.
Menurut sumber, ikan ini boleh berlakon seperti tidak bernyawa. Pada tubuhnya, terdapat 13 duri sirip dan dua kalenjar racun.
Racunnya itu boleh mengakibatkan kesakitan, kelumpuhan otot, ‘dispnea’ dan kejutan seperti ditikam.
Atau lebih teruk, ia menyebabkan kegagalan jantung dan sekaligus membawa maut.