28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaNasionalBayi 11 bulan maut setelah jatuh daripada tingkat 3, tingkap tiada jeriji

Bayi 11 bulan maut setelah jatuh daripada tingkat 3, tingkap tiada jeriji

Tragedi menimpa seorang bayi perempuan berusia 11 bulan apabila dilaporkan maut setelah terjatuh daripada tingkat 3 bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) pada 2 Mei lalu.

Kejadian yang berlaku di PPR Sri Aman, Kuala Lumpur itu difahamkan berlaku ketika mangsa sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bersebelahan dengan tingkap di sebuah bilik.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, siasatan mendapati bahawa tingkap pada bilik tersebut tidak mempunyai jeriji. Katil pula diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan.

Mohd Hazlan/Facebook

“Pengadu memaklumkan katil itu telah dirapatkan ke tingkap untuk tujuan mengemas bilik tersebut”, jelasnya.

Tambah beliau, siasatan lanjut juga mendapati bahawa tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden yang berlaku sekitar jam 3 petang tersebut.

Ibu mangsa kemudian bertindak membawa bayinya ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun setibanya di Unit Kecemasan, mangsa disahkan meninggal dunia.

Aryy Ariffin/Facebook

“Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian”, tambah Eng Lai.

Hasil laporan bedah siasat kemudian mendapati bahawa kematian bayi itu berpunca daripada kecederaan parah pada bahagian kepala akibat jatuh daripada tempat tinggi.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI