Skrin 3 Dimensi (3D) sememangnya menarik perhatian umum, terutamanya jika ia ditempatkan di kawasan tumpuan ramai, apatah lagi jika ianya sangat realistik!
Seperti apa yang dilihat oleh warga kota baru-baru ini berhampiran Menara Berkembar Petronas. Terdapat satu skrin digital bersaiz besar yang menunjukkan seekor jerung berenang di dalam tangki.
SAYS SEISMIK/Facebook
Jerung putih tersebut kelihatan seperti jerung sebenar, yang dilihat masuk daripada satu sudut. Jika dilihat secara dekat, terdapat juga beberapa ekor ikan kerapu yang berenang di sisi jerung itu.
Jerung tersebut kemudian secara tiba-tiba berenang ke hadapan, sambil memecahkan ‘tangki’ sehingga menyebabkan keretakan besar!
SAYS SEISMIK/Facebook
Menurut sumber, skrin digital gergasi itu sebenarnya merupakan media digital terbesar oleh Big Tree, yang dikenali sebagai CuBig@KLCC.
Projek paparan digital yang dinamik tersebut sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian pengguna kenderaan dan pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat.
SAYS SEISMIK/Facebook
Bahkan layar digital itu mempunyai paparan anamorfik. Ini bermakna penonton dapat melihat kedalaman visual yang berbeza ketika melihatnya daripada sudut yang berbeza.
Di luar negara, skrin digital sebegini ternyata mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata individu berasakan bahawa skrin itu sangat nyata dan seolah-olah sedang berlaku di depan mata.
Kalau mahu tahu apa yang bakal berlaku, tontonlah video di sini.