27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiHidup gelandangan sejak kematian ibu bapa, budak ini akhirnya dibantu Ustaz Ebit...

Hidup gelandangan sejak kematian ibu bapa, budak ini akhirnya dibantu Ustaz Ebit Lew

Kehilangan ibu bapa merupakan satu tamparan hebat buat mana-mana individu bergelar anak di muka bumi ini, apatah lagi jika kematian itu disebabkan oleh COVID-19 bukan?

Itulah yang dialami oleh seorang budak lelaki 12 tahun apabila dia hanya hidup sebatang kara selepas kedua orang tuanya meninggal selepas dijangkiti virus terbabit.

Disebabkan itu, budak tersebut dilihat hidup gelandangan di tepi jalan sekitar Klang. Perkara itu walau bagaimanapun mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew.

“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan”.

“Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif COVID. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah di sebalik semuanya”, tulis Ustaz Ebit di Facebook.

Sebaik ditanya mengenai ibu bapanya, budak tersebut kemudiannya mula menangis. Dia juga sangat beradab dan terus mencium tangan Ustaz Ebit sebaik sahaja beliau sampai.

Budak tersebut juga tidak mempunyai telefon bimbit, malah tidak langsung mengenali Ustaz Ebit Lew. “Saya dah tiada sesiapa lagi, ustaz”, luah budak tersebut.

“Eh, jangan cakap macam itu, adik. Saya dan semua yang ada di sini macam keluarga adik”, pujuk Ustaz Ebit.

Tambah budak terbabit, orang ramai yang bermurah hati turut memberikannya juadah untuk berbuka serta makanan untuk bersahur pada ketika ini.

Setelah membuat laporan polis mengenai keadaan budak tersebut, Ustaz Ebit kemudian membawanya membeli pakaian dan mendaftarkannya ke madrasah seperti yang dimahukan.

Sebelum itu, Ustaz Ebit ada bertanya sama ada dia mahu bersekolah madrasah. “Nak ustaz. (Saya) nak jumpa mak ayah dalam syurga”, jawabnya.

Walaupun hanya seketika bersua, Ustaz Ebit sudah pun menganggap budak tersebut seperti keluarga. “Saya doa adik jadi anak soleh, berjaya cemerlang”.

Budak itu juga tidak berhenti mengucapkan terima kasih padanya dan sangat gembira apabila dimasukkan ke madrasah.

Syukur, dengan bantuan yang dihulurkan Ustaz Ebit, maka nasib seorang kanak-kanak yatim piatu ini dapat dijaga dan dibela.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI