29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaIsmail Sabri : Individu kuarantin di rumah wajib pakai peranti pengawasan

Ismail Sabri : Individu kuarantin di rumah wajib pakai peranti pengawasan

Bermula minggu hadapan, kerajaan mewajibkan pemakaian peranti pengawasan kepada semua kontak rapat yang dikesan, bertujuan untuk mengesan pergerakan dengan lebih terperinci.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia walau bagaimanapun hanya melibatkan individu yang diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah ataupun HSO.

“Kaedah ini seumpama pemakaian gelang berwarna tertentu di pergelangan tangan bagi yang diarahkan kuarantin di kediaman masing-masing”, ujarnya. 

Dalam pada itu, pihak polis turut diarahkan untuk meningkatkan aspek pemantauan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menjelaskan mengenai aktiviti penguatkuasaan, beliau berkata polis telah menahan 301 individu kerana melanggar SOP pada 3 Mei lalu.

Antara kesalahan yang dilaporkan adalah gagal mendaftarkan diri ketika memasuki premis (127), tidak memakai pelitup muka (70) dan juga gagal mengamalkan penjarakan fizikal (19).

Daripada jumlah yang ditahan, sebanyak 293 orang dikenakan kompaun sementara baki 8 individu lagi telah direman.

Menerusi Ops Benteng pula, pihak berkuasa turut menahan 9 orang pendatang tanpa izin dan telah merampas 4 kenderaan darat pada 3 Mei lalu.

“Pihak berkuasa juga mengesan kehadiran 173 kapal di perairan Malaysia”, tambah beliau.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI