30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
UtamaInspirasiRajin membantu di rumah, lelaki ini menangis gembira apabila diberi kejutan PS5...

Rajin membantu di rumah, lelaki ini menangis gembira apabila diberi kejutan PS5 oleh isteri. “Thank you suamiku..”

Hidup berumah tangga ini banyak juga cabarannya. Apa yang penting, suami dan isteri perlulah sentiasa bertoleransi dan saling membantu antara satu sama lain.

Selain itu, kita juga perlu saling menghargai seperti apa yang dilakukan oleh seorang wanita ini terhadap suaminya.

Tular di TikTok, wanita tersebut difahamkan telah menghadiahkan Sony Playstation 5 (PS5) kepada suami sebagai tanda terima kasih.

Ketika diberi kejutan PS5 tersebut, suami Alina tidak dapat menyembunyikan kegembiraan sehingga mengalirkan air mata.

Ini kerana, suaminya banyak membantu Alina dalam menguruskan rumah tangga ketika dia agak sibuk menguruskan perniagaan.

Suami Alina dilihat begitu rajin membantu isteri menguruskan rumah tangga – membasuh pinggan, menjemur pakaian, pergi ke pasar dan sebagainya.

Menyedari akan pengorbanan yang dilakukan si suami, Alina berjanji untuk menghadiahkan PS5 kepada suaminya. Dia sangat bersyukur dikurniakan suami yang memahami sebegitu.

Bahkan ketika Alina tidak sihat, suaminya itu turut menjaganya dan langsung tidak pernah meminta balasan. Untung betul Alina bukan?

Ini kerana tidak ramai para suami di luar sana yang sanggup melakukan perkara yang sama.

Alangkah indahnya kehidupan berumah tangga jika kita sama-sama saling membantu sebegini..

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI